Monday, 10 October 2016

Punca Konvoi Bersih 5 Disambut Hambar Di Pulau Pinang Tersebar

Punca Konvoi Bersih 5 Disambut Hambar Di Pulau Pinang Tersebar. Konvoi Bersih yang diadakan di sini hari ini kurang mendapat sambutan walaupun dengan kehadiran Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan wakil rakyat tempatan.

Konvoi yang disertai kurang daripada 50 orang yang memakai kemeja T Bersih, memulakan perjalanan dari Tesco Alma Bukit Mertajam pada 7.30 pagi dan bergerak melalui beberapa kawasan awam termasuk pasar Taman Selamat dan pasar pagi Machang Bubuk.

Bukan itu sahaja, konvoi itu juga gagal menarik perhatian penduduk setempat walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dimenangi DAP dan PKR yang menyokong Bersih.

Punca Konvoi Bersih 5 Disambut Hambar Di Pulau Pinang Tersebar. Pengerusi Bersih, Maria berkata pertubuhan badan bukan kerajaan itu (NGO) tidak mengharapkan ramai yang akan menghadiri konvoi berkenaan.

“Kami hanya menyasarkan antara 30 dan 40 orang yang akan menyertai konvoi ini, kerana kami mahu berjumpa dengan orang ramai tentang pendapat mereka mengenai tuntutan Bersih,” katanya ketika dihubungi.

Lima tuntutan Bersih 5 ialah pilihan raya bersih, kerajaan yang bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkasa Sabah dan Sarawak.

Maria ketika ditanya sama ada tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng mempunyai kesan terhadap perhimpunan Bersih, beliau percaya ia tidak menjejaskan konvoi dan perhimpunan pada 19 November 

“Kami adalah NGO yang memperjuangkan pilihan raya dan pemerintahan yang bersih dan bagi kes Guan Eng, saya serahkan kepada mahkamah untuk menentukannya. Saya berpendapat dia tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah,” katanya.

#konvoibersih5 harini di sekitar Bukit Mertajam. Apa khabar Pulau Pinang?!pic.twitter.com/qI1qmpAVLy
— BERSIH 2.0 (@bersih2) 9 October 2016

Sebahagian penduduk tempatan yang ditemui semasa konvoi Bersih di Bukit Mertajam tidak bersetuju dengan kehadiran anggota parti politik dalam perhimpunan itu manakala yang lain tidak menyokong Bersih kerana ia dikaitkan dengan sebuah parti yang setiausaha agungnya menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

Punca Konvoi Bersih 5 Disambut Hambar Di Pulau Pinang Tersebar


Terrance Lee, 35, ketika ditemui berkata sebelum ini beliau menyokong Bersih dan sekarang beliau merasakan pergerakan itu telah melencong dari tujuan asal.

“Pada tiga perhimpunan sebelum ini, saya seorang daripada penyokongnya. Tetapi sekarang ketika ia memperjuangkan tuntutannya, saya lihat parti politik lain turut menyertai konvoi dengan mengibarkan bendera dan memasang lagu-lagu parti, membuatkan saya tertanya-tanya, apakah peranan Bersih sekarang? Adakah masih sebagai NGO atau adakah dia telah bekerjasama dengan parti politik,” katanya.

Menurut Penyelaras Bersih Pulau Pinang, Francis Low yang mewakili NGO Aliran, konvoi itu akan berada di Pulau Pinang sehingga 15 Okt dan akan bergerak ke Parit Buntar pada Selasa. 

Sementara itu, Maria ketika dihubungi Bernama berkata rancangan telah disusun bagi perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, dijangka diadakan pada 19 Nov, walaupun menerima ancaman daripada kumpulan Baju Merah.

Bagaimanapun, Pengerusi Bersih itu berkata lokasi perhimpunan buat masa ini dirahsiakan, dan akan didedahkan pada masa yang sesuai.

“Kami akan teruskan perhimpunan seperti yang dirancang, dan akan mempunyai pasukan keselamatan sendiri.

“Kami juga berharap mendapat bantuan daripada pihak polis untuk memastikan undang-undang dipatuhi semasa perhimpunan itu,” katanya.

Bersih menerima ancaman daripada kumpulan Baju Merah, meminta Bersih membatalkan perhimpunan tersebut.

Peserta Baju Merah ganas, tetapi ancaman mereka tidak akan menghentikan usaha kami. Mereka bertindak seperti gengster dan tindakan sepatutnya diambil terhadap mereka. Bagi pihak kami, langkah-langkah keselamatan telah dilakukan,” katanya.

Minggu lepas, kumpulan Baju Merah bertembung dengan konvoi Bersih di beberapa lokasi, termasuk di Teluk Intan menyebabkan pergaduhan tercetus antara sekumpulan penyokong Bersih dan anggota Baju Merah, manakala ribuan penyokong berkumpul di Gurney Drive sebagai tanda bantahan perhimpunan Bersih.

Bersih dalam kenyataannya hari ini mendakwa pergaduhan itu hampir membunuh penyokongnya dan menegaskan badan itu hanya mahu mengggalakkan keamanan, dan bukannya hendak menimbulkan rusuhan.

— BERSIH 2.0 (@bersih2) 9 October 2016

Punca Konvoi Bersih 5 Disambut Hambar Di Pulau Pinang Tersebar


Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim ketika dihubungi berjanji kumpulan Baju Merah di Pulau Pinang tidak akan bertindak ganas kecuali jika diprovokasi kumpulan Bersih. 

“Objektif Baju Merah adalah untuk menghentikan perhimpunan daripada diadakan kerana ia mengganggu keamanan di negara ini. Sehubungan itu, jangan provokasi kami jika anda tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku,” tegas beliau. 

Rafizal juga berkata Konvoi Bersih 5 di Pulau Pinang tidak mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai kerana pertuduhan rasuah yang dihadapi Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Reputasi Guan Eng telah tercemar dan beliau sendiri cakap tidak serupa bikin. Bagaimana masyarakat mahu mempercayai tuntutan yang dibuat oleh Bersih jika kaunterpart mereka menghadapi tuduhan rasuah?,” katanya.

Rafizal berkata kumpulan Baju Merah di Pulau Pinang bersedia berdepan Baju Kuning (kumpulan Bersih) jika mereka berkumpul tanpa permit polis iaitu kumpulan Baju Kuning telah menyerang pemimpin mereka.

Punca Konvoi Bersih 5 Disambut Hambar Di Pulau Pinang Tersebar. Semasa perhimpunan di Gurney Drive minggu lepas, kira-kira 300 pemuda bermotosikal menuntut Guan Eng meletak jawatan dan mendakwa perhimpunan Bersih diadakan bertujuan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - Malay Mail




Iklan
Image

Image




1 comment:

  1. Satu saranan yang bernas dari aku daripada Maria Chin berbakti kepada DAP yang Korup baik ngo tu tolong rakyat Selangor angkat air untuk kegunaan harian. daripada mereka terpekik terlolong baik gunakan tenaga yang berlebiha. Tu untuk memstikan warga Flat terutama warga emas yang tinggal di perumahan Flat ada air. AJak juga exco Selangor yang duduk diam buat tak reti tu sama-sama menyum ang bakti daripada tengok jer anak lima tahun berusaha gigih bantu mak bapak angkau air tak malu agaknya mereka yang dah tua bangka ni nak menyusahkan rakyat jer bukan nak bantu penuhkan tangki air rumah rakyat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...