Friday, 7 October 2016

Presiden PAS Keluar IJN

Presiden PAS Keluar IJN. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu lepas dibenarkan keluar pagi ini.

Ia dimaklumkan Setiausaha Politik Anggota Parlimen Marang itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Alhamdulillah, Tuan Guru Presiden yang kita kasihi telah dapat keluar dari wad hospital pada pagi ini Khamis 6 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ahmad Samsuri berkata PAS berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Abdul Hadi.

Presiden PAS Keluar IJN


Bernama sebelum ini melaporkan Abdul Hadi dimasukkan ke IJN bagi rawatan susulan biasa setelah dikatakan tidak sihat serta terpaksa mengehadkan menghadiri program yang dijadualkan untuknya. - Free Malaysia Today



Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...