Monday, 24 October 2016

Penasihat JASA Arah Penjawat Awam Letak Jawatan Jika Tak Sokong BN

Penasihat JASA Arah Penjawat Awam Letak Jawatan Jika Tak Sokong BN. Penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz meminta para penjawat awam yang tidak boleh menjadi kakitangan yang baik dan menyokong kerajaan agar meletakkan jawatan.

Bekas exco Pemuda Umno itu berkata, jika penjawat awam sedemikian meletakkan jawatan, masih ramai rakyat negara ini yang akan mengisi kekosongan jawatan tersebut.

"Apa khabar penjawat awam? Kalau rasa tak boleh jadi penjawat awam yang baik dan menyokong kerajaan, sila letak jawatan.

Penasihat JASA Arah Penjawat Awam Letak Jawatan Jika Tak Sokong BN. "Ramai yang nak ganti..," kata beliau dalam laman tweetnya yang turut meletakkan #Bajet2017.

Semasa pembentangan belanjawan tersebut, kakitangan awam yang mengharapkan bonus pada Bajet 2017 kecewa kerana apabila Najib hanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan dibayar kepada 1.6 juta penjawat awam.

"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik.

Penasihat JASA Arah Penjawat Awam Letak Jawatan Jika Tak Sokong BN


"Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.

“Bayaran ini akan dibuat pada awal Januari 2017," kata Najib.

Ini adalah tahun kedua kakitangan awam diberikan 'bantuan khas' dan bukannya bonus.

Namun begitu, Najib turut mengumumkan kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam dinaikkan daripada serendah RM120,000 kepada RM200,000 manakala pinjaman paling tinggi pula daripada RM600,000 kepada RM750,000.


Penasihat JASA Arah Penjawat Awam Letak Jawatan Jika Tak Sokong BN


“Selain itu, kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal untuk penjawat awam akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000,” ujar Najib.
Beliau turut mengumumkan kemudahan pembiayaan untuk pembelian komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar dengan had pinjaman sehingga RM5,000 untuk setiap tiga tahun.

“Kontrak pegawai penjawat awam yang terlibat dengan contract of service dan contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, akan dilanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.

Penasihat JASA Arah Penjawat Awam Letak Jawatan Jika Tak Sokong BN. “Selain itu, sebanyak 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000,” katanya. - Malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




4 comments:

  1. Apale bangan dia ni, kakitangan kerajaan kan bekerja untuk rakyat, bukan kerja untuk BN UMNO. Apa kena mengena tk sokong UMNOBN dengan kena letak jawatan. Gaji kami bukan di bayar oleh UMNO BN tapi oleh rakyat Malaysia ADA FAHAM KE.......... Gaji KAMU dan MP, Menteri tu semua dibayar oleh rakyat MALAYSIA. Sepatutnya kamu yang letak jawatan.

    ReplyDelete
  2. Rakyat tak sokong gst..apasal kau buat jugak..bangang

    ReplyDelete
  3. Mntri2 tu pemegang amanah sahaja. Bukan boleh suka2 suruh rkyt sokong parti mana. Kalau tk fhm demokrasi jgn jd rkyat Malangsia, pi mngaji balik

    ReplyDelete
  4. Penasihat kena diberi nasihat...apa kata kalo semua kakitangan letak jawatan?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...