Sunday, 9 October 2016

Pemimpin PAS Kantoi Lagi..

Pemimpin PAS Kantoi Lagi. Ahli Parlimen Kuantan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat palsu menuduh wanita bernama Rozita Othman yang dikuburkan di Perkuburan Kristian Taman Gelora, Kuantan seorang murtad.

Fuziah Salleh dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan mendiang seorang Orang Asli Kristian daripada suku Jakun dari Kampung Soi.

Pemimpin PAS Kantoi Lagi. “Ini disahkan dari daftar kematian beliau. Maklumat ini juga disahkan oleh sepupu beliau di dalam Facebook,” kata Fuziah menerusi status di Facebooknya, hari ini.

“Selidik dahulu maklumat yang kita terima. Takut-takut kita juga tergolong di kalangan orang yang membawa fitnah. Allah maha memberi petunjuk dan maha mengetahui,” tambahnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat memuat naik gambar di Facebook dengan status yang mendakwa seorang wanita Melayu murtad bersemadi di perkuburan itu.

Pemimpin PAS Kantoi Lagi


Tambahnya ia merupakan bala besar untuk umat Islam di Tanah Melayu.

Semakan FMT di Facebook Saiful mendapati status berkenaan sudah disunting dan pihaknya turut memohon maaf. - Free Malaysia Today




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...