Wednesday, 19 October 2016

Patutlah Tuan Guru Haji Hadi Balik Awal.. Ini Sebabnya

Patutlah Tuan Guru Haji Hadi Balik Awal.. Ini Sebabnya. Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Marang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan ‎Datuk Seri Abdul Hadi Awang keluar awal daripada Sidang Dewan Rakyat hari ini, kerana ada urusan lain.

"Tuan Guru (Abdul Hadi) keluar awal kerana ada urusan," katanya ringkas  kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu kepulangan awal Hadi daripada Sidang Dewan Rakyat hari ini, selepas Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang menjadi tumpuan banyak pihak sebelum ini untuk dibentangkan oleh Hadi tidak berjaya dibentangkan semalam.

Patutlah Tuan Guru Haji Hadi Balik Awal.. Ini Sebabnya. Sementara itu hari ini, menyaksikan  usul tersebut jatuh ke senarai ketujuh aturan mesyuarat selepas tersenarai pada kedudukan keempat pada hari pertama Parlimen bersidang semalam.

Sementara itu, Hadi hadir hari ini kira-kira sejam dan sempat berhujah mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum bergegas keluar daripada Sidang Dewan Rakyat.

Sejurus keluar daripada Dewan Rakyat, Abdul Hadi diserbu oleh wartawan, namun sedikit hampa apabila beliau hanya berdiam diri dan tersenyum.‎

Patutlah Tuan Guru Haji Hadi Balik Awal.. Ini Sebabnya


Tidak lama kemudian, Abdul Hadi mengangkat tangan beliau, sebelum berlepas pergi menaiki kereta untuk meninggalkan bangunan Parlimen.

‎Sementara itu, Ahmad Samsuri ketika ditanya lanjut mengenai RUU 355, beliau menyampaikan keyakinan bahawa usul itu akan dibentangkan nanti.

‎" Tentang pembentangan RUU 355, kami (Pas) optimis masa dan ketika akan tiba, insya-ALLAH," katanya.

Patutlah Tuan Guru Haji Hadi Balik Awal.. Ini Sebabnya. Persidangan Parlimen kali ini akan berakhir pada 24 November ini. - Sinar Harian




Iklan
Image

Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...