Sunday, 16 October 2016

Patutlah Sultan Johor Tak Nak Jadi Yang Di Pertuan Agong

Patutlah Sultan Johor Tak Nak Jadi Yang Di Pertuan Agong.  Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menolak tawaran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong kerana menghormati dan mengikuti sistem giliran yang ditentukan oleh Majlis Raja-Raja.

Laman Facebook rasmi baginda, menjelaskan dakwaan sebelum ini bahawa Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat Johor adalah tidak tepat.

Patutlah Sultan Johor Tak Nak Jadi Yang Di Pertuan Agong.  “Bercanggah dengan laporan media sosial, DYMM Sultan Johor sebenarnya telah menolak tawaran untuk menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seterusnya kerana menghormati dan mengikuti sistem giliran yang ditentukan oleh Majlis Raja-Raja.

“Di bawah aturan corak pewarisan sedia ada, DYMM Sultan Kelantan adalah calon seterusnya, dan diikuti oleh DYMM Sultan Pahang,” kata kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Facebook Johor Southern Tigers, sebelum ini mendakwa Sultan Johor menolak tawaran itu untuk memberi tumpuan kepada negeri dan rakyat Johor.

Patutlah Sultan Johor Tak Nak Jadi Yang Di Pertuan Agong


Bagaimanapun posting berkenaan telah dipadamkan.Laman Facebook Johor Southern Tigers adalah wadah yang lazimnya digunakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sulatan Ibrahim menyiarkan kenyataannya.

Mesej yang dipadam itu berbunyi: “Ini adalah kerana DYMM Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor. Allah Peliharakan Sultan.

”Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Bagaimanapun, menurut Bernama, terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.

Selain itu, baginda yang dilantik adalah merupakan Raja yang berada pada kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain, bukan Raja yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Mesyuarat hari ini di Istana Negara dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Patutlah Sultan Johor Tak Nak Jadi Yang Di Pertuan Agong


Selain Raja Perlis, mesyuarat itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Turut berangkat ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Mesyuarat itu dilaporkan berlangsung selama kira-kira satu jam.

Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Dis 2011 dan tempoh perkhidmatan baginda akan berakhir pada 12 Dis ini.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan Raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Patutlah Sultan Johor Tak Nak Jadi Yang Di Pertuan Agong. Sembilan Raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya Raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran. - Malaysiakini




Iklan
Image

Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...