Sunday, 23 October 2016

Patutlah Presiden PAS Tak Hadir Pembentangan Bajet 2017

Patutlah Presiden PAS Tak Hadir Pembentangan Bajet 2017. Walaupun pembentangan belanjawan setahun sekali tetapi Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam masih tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat.

Ketiadaannya ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 dilihat banyak pihak sebagai sudah menjadi kelaziman memandangkan beliau memang dikenali kerap ponteng dalam sidang Parlimen.

Patutlah Presiden PAS Tak Hadir Pembentangan Bajet 2017. Namun, terdapat penyokong Pas yang cuba menjelaskan punca ketidakhadiran Presiden mereka itu di Parlimen.

Pengguna Facebook, Aziz Al Qassam memberitahu Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu mempunyai Kuliah Jumaat diikuti majlis tahnik.

"Lepas itu (Kuliah Jumaat), memenuhi hasrat masyarakat Marang untuk tahnik anak mereka.

"Cakap-cakap buat dosa dok menimbulkan kebencian kepada tok guru yang banyak jasa kepada ummah," bidasnya lagi.

Patutlah Presiden PAS Tak Hadir Pembentangan Bajet 2017


Dakwaan Aziz berkenaan adalah respon kepada status Facebook milik Naib Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak.

"Semua Ahli Parlimen Pas kekal dalam dewan hingga berakhir pembentangan bajet kecuali Marang," katanya bernada sindiran.

Abdul Hadi bagaimanapun baru-baru ini dapat hadir sidang Parlimen dua hari berturut-turut mungkin menjangka dapat membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) Akta 355 berdasarkan kedudukan usul itu pada aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Patutlah Presiden PAS Tak Hadir Pembentangan Bajet 2017


Namun, usul RUU Akta 355 yang mulanya berada di nombor empat dalam aturan tersebut pada 17 Oktober telah jatuh tangga ketujuh keesokan harinya.

Menjangkakan beliau mungkin tidak berpeluang membentangkan usul berkenaan, Abdul Hadi meninggalkan Dewan Rakyat kira-kira jam 10.30 pagi sambil tersenyum dan berlalu pergi. - Malaysia Dateline




Iklan
Image

Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...