Wednesday, 26 October 2016

Patutlah Husni Hanadzlah Bawa Isu 1MDB Di Parlimen.. Ini Sebabnya

Patutlah Husni Hanadzlah Bawa Isu 1MDB Di Parlimen.. Ini Sebabnya. Tony Pua berkata tindakan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membawa isu 1MDB ke Dewan Rakyat membuktikan beliau sendiri tidak jelas mengenai syarikat pelaburan negara itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata agak aneh apabila Husni cuba mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai isu berkenaan sedangkan beliau sendiri terlibat secara langsung sebelum ini.

Patutlah Husni Hanadzlah Bawa Isu 1MDB Di Parlimen.. Ini Sebabnya. “Saya rasa aneh apabila bekas timbalan menteri kewangan yang terlibat sendiri membangkitkan isu mengenai 1MDB.

“Kenapa bekas menteri kewangan sendiri kena bawa ke Parlimen. Takkanlah dia sendiri semasa menjadi menteri kewangan kedua tidak ada maklumat,” katanya kepada pemberita, di Dewan Rakyat.

Semalam, Husni di Dewan Rakyat mempersoalkan motif kerajaan menubuhkan 1MDB yang didakwanya menyaksikan banyak penggelapan berlaku tanpa dikenakan tindakan.

Husni yang juga ahli Parlimen Tambun mempertikaikan wang AS$4 bilion (RM16.69 bilion) dilaporkan dalam Aabar Investment PJS Ltd, yang tidak dimiliki IPIC.

Patutlah Husni Hanadzlah Bawa Isu 1MDB Di Parlimen.. Ini Sebabnya


IPIC dan anak syarikat Aabar Investments PJS dalam satu kenyataan bersama pada April berkata syarikat Kepulauan Virgin British itu yang mempunyai nama hampir sama, Aabar Investments PJS Ltd, “bukan entiti dalam kumpulan mereka”.

Tony berkata tindakan Husni itu membuktikan maklumat mengenai 1MDB hanya diketahui menteri kewangan saja.

“Maklumat yang ada dalam 1MDB pada masa berkenaan turut disembunyikan menteri kewangan.

“Ini juga bermakna menteri kewangan kedua semasa memegang jawatan tersebut tidak diberikan penjelasan mengenai 1MDB,” katanya.


Patutlah Husni Hanadzlah Bawa Isu 1MDB Di Parlimen.. Ini Sebabnya


Semalam, Husni turut menuntut penjelasan tentang unit pelaburan bernilai AS$1 bilion (RM4.17 bilion), yang sepatutnya matang tahun lepas.

Patutlah Husni Hanadzlah Bawa Isu 1MDB Di Parlimen.. Ini Sebabnya. Malah, Husni yang meletakkan semua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional tahun ini turut mempertikaikan alasan di sebalik keputusan Kumpulan Wang Persaraan meminjamkan RM4 bilion secara sekali gus kepada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. - FMT



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...