Monday, 31 October 2016

Patutlah Hospital Sultanah Aminah Terbakar..

Patutlah Hospital Sultanah Aminah Terbakar. Selepas berlakunya kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Johor Bahru, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempersoalkan mengapa konsortium yang ditugaskan menjalankan proses audit keselamatan di hospital seluruh negara tidak menjalankan tugas mereka.

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata, ini kerana sejak penswastaan pada 1996, kerajaan memberikan kontrak kepada 3 konsortium dan mereka juga dibahagikan mengikut negeri.

Patutlah Hospital Sultanah Aminah Terbakar. “Adakah mereka ikut kontrak yang tertulis?” katanya kepada FMT hari ini.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang menyatakan sebanyak 48 hospital berusia lebih 50 tahun di seluruh negara akan menjalani proses audit keselamatan dalam masa satu hingga 2 minggu dari sekarang.

Antara hospital berusia lebih 50 tahun dan sedang beroperasi pada masa ini ialah Hospital Batu Gajah yang berusia 136 tahun, Hospital Balik Pulau (136), Hospital Pulau Pinang (81) dan Hospital Perlis (97), katanya.

Patutlah Hospital Sultanah Aminah Terbakar


Mengulas lanjut, Michael yang juga merupakan seorang pengamal perubatan berkata, semua konsortium terbabit mendapat kontrak berjumlah RM300 juta secara kasar untuk menjalankan tugas.

“Perkhidmatan dobi, penyelenggaraan hospital, pelupusan sisa kimia, tukang cuci (house keeping)…semua ini 5 pekhidmatan sokongan yang dia (kerajaan) bagi kepada syarikat,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut mempersoalkan adakah idea penswastaan dipelopori bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada zamannya bertujuan menjimatkan duit dan lebih efisien adalah satu perkara yang rasional.

Patutlah Hospital Sultanah Aminah Terbakar


“Ini tunjukkan idea penswastaan bukan seperti dikatakan pada waktu itu seperti baik kepada negara, efisien. (Sebenarnya) baik untuk syarikat-syarikat yang anda suka,” katanya. - Malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. oh baru tahu...iklan byk nyer....tpi loading laju!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...