Saturday, 15 October 2016

PAS Sanggup Bertanding 3 Penjuru Kata Ustaz Hashim Jasin

PAS Sanggup Bertanding 3 Penjuru Kata Ustaz Hashim Jasin. Mursyidul Am Pas Ustaz Hashim Jasin menegaskan Pas tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkan Pas, Barisan Nasional dan parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Beliau menegaskan pendirian parti itu tidak akan sama sekali untuk bekerjasama dengan DAP dan mengakui kini sedang berbaik-baik dengan Umno.

Namun, katanya, pendekatan berbaik-baik dengan Umno bukan kerana Pas dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud Amanah.

PAS Sanggup Bertanding 3 Penjuru Kata Ustaz Hashim Jasin. "Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan Pas untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik (menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau dalam sidang media diadakan di Kangar semalam seperti dilaporkan.

Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan Amanah akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat pada 22 dan 23 Oktober ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.

PAS Sanggup Bertanding 3 Penjuru Kata Ustaz Hashim Jasin


Katanya Pas kini mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.

Mengenai pujukan PKR dan Amanah untuk Pas menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata Pas telah dapat melihat matlamat itu. - Malaysia Dateline




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...