Wednesday, 5 October 2016

PAS Dan BERSATU Bakal Bergabung?

PAS Dan BERSATU Bakal Bergabung? PAS belum mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata walaupun parti itu memberi peluang kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di atas pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman, Terengganu baru-baru ini, namun ia bukanlah petanda bahawa PAS dan PPBM akan bergabung.

PAS Dan BERSATU Bakal Bergabung? “Kami tak jawab apa-apa, tak ada perbincangan lagi (untuk bergabung dengan PPBM). Baharu duduk atas pentas sama sahaja. Orang kata ‘don’t read too much’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini, hari ini.

Muhyiddin sebelum ini dilihat berucap di atas pentas PAS pada satu ceramah yang diadakan di Kemaman, Terengganu dan turut mencadangkan supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan Harapan khususnya dengan PAS bagi mewujudkan gelombang perubahan besar ke arah pembentukan kerajaan baharu pada PRU14 akan datang.

PAS Dan BERSATU Bakal Bergabung?


Muhyiddin turut dipetik sebagai berkata PPBM bersedia untuk bersama-sama dalam apa keadaan sekali pun dan optimis segala perbezaan yang ada di antara parti serta perkara berbangkit dapat diselesaikan melalui rundingan secara terperinci.

Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi mengulangi pendirian parti itu yang menutup pintu rundingan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

PAS Dan BERSATU Bakal Bergabung?


“DAP dan Amanah memang itu keputusan parti, kita tak akan berunding dan tak berbincang apa-apa (dengan DAP dan Amanah). Orang lain kita ‘open’ tapi belum ada perbincangan rasmi dengan siapa-siapa,” katanya. - Free Malaysia Today




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...