Sunday, 9 October 2016

Pakatan Harapan Tak Laku.. Ini Buktinya?

Pakatan Harapan Tak Laku.. Ini Buktinya? Kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti baharu yang diambil alih Datuk Seri Shafie Apdal menunjukkan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap Pakatan Harapan, kata ketua Pemuda Gerakan.

Tan Keng Liang yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, beliau tidak hairan dengan senario itu, memandangkan jenama pembangkang tidak lagi laku seperti dahulu.

Pakatan Harapan Tak Laku.. Ini Buktinya?  Beliau berkata, pembangkang juga cakap tak serupa bikin, kerana sebelum ini mendesak pemimpin yang terbabit dakwaan rasuah digantung tugas sehingga kes selesai, tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah.

“Ketua menteri Gerakan tidak pernah didakwa kerana rasuah, ini sesuatu yang kami banggakan,” katanya semalam.

Tan berkata, huru-hara dan perpecahan dalam kalangan pembangkang ketika ini bukan kelebihan buat Gerakan, sebaliknya Pemuda Gerakan akan bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk terus memperkukuhkan pasukan mereka.


Pakatan Harapan Tak Laku.. Ini Buktinya? 


“Pemuda Gerakan perlu lebih berusaha untuk bersama BN menguatkan jentera parti, fokus kepada prinsip dan asas perjuangan parti,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Gerakan ke-45, pada Sabtu.

Pada 8 September lalu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan penubuhan PPBM, dengan syarat mereka tidak akan dikenali sebagai Bersatu.

Pada 22 September lalu pula, bekas Naib Presiden Umno, Shafie menghantar permohonan mengubah kepimpinan dan logo bagi sebuah parti sedia ada kepada Pendaftar Pertubuhan.

Pakatan Harapan Tak Laku.. Ini Buktinya? 


Pada 2 Oktober lalu, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin mengetuai Adun Moyog, Terence Siambun, Setiausaha Agung negeri, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita negeri, Johair Matlani mengisytiharkan keluar PKR.

Adun Likas, Junz Wong bersama Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh, Naib Pengerusi negeri, George Hiew dan 7 exco DAP Sabah turut mengambil keputusan sama.

Pakatan Harapan Tak Laku.. Ini Buktinya? Tindakan mereka itu menyusul Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking yang meletak jawatan sebagai naib presiden PKR untuk menjadi timbalan Shafie dalam parti baharu yang “diambil alih” mereka berdua bulan lalu, tetapi belum dinamakan. - Free Malaysia Today



Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...