Thursday, 13 October 2016

Pakatan Harapan Melaka Bantah Persempadanan Semula

Pakatan Harapan Melaka Bantah Persempadanan Semula. Para pemimpin parti komponen Pakatan Harapan Melaka hari ini telah menyerahkan 17 bantahan terhadap syor persempadanan semula kawasan pilihan raya di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka di Tingkat 20, Wisma Persekutuan, bandar Melaka pagi tadi.

Diantara pemimpin yang turut menyertai bantahan ialah Pengerusi AMANAH Melaka Adly Zahari, Pengerusi PKR Melaka yang juga ahli parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pembangkang Dun Melaka yang juga Adun DAP Ayer Keroh, Khoo Pay Tiong.

Pakatan Harapan Melaka Bantah Persempadanan Semula. Pada sidang media yang diadakan sejurus selepas serahan nota bantahan, Adly menyatakan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR jelas tidak adil dan tidak profesional.

"Jika dibuat perbandingan kita melihat N05 Taboh Naning mempunyai pengundi seramai 8,198 dengan N16 Bukit Baru mempunyai pengundi seramai 25,773. Ini bererti bilangan pengundi N16 Bukit Baru adalah 3.14 kali lebih ramai daripada bilangan pengundi N05 Taboh Naning," ujar Adly.

"Ini merupakan asas kepada bantahan kami," katanya lagi.

Bagi peringkat parlimen pula, nisbah tidak sama rata lebih ketara apabila kawasan  P134 Masjid Tanah mempunyai pengundi seramai 47,972 manakala P137 Bukit Katil mempunyai pengundi seramai 96,165 dan P138 Kota Melaka mempunyai pengundi seramai 105,067.

Pakatan Harapan Melaka Bantah Persempadanan Semula


Sementara itu, Shamsul Iskandar kesal dengan SPR yang bertindak seperti mengikut telunjuk Umno-BN apabila mengesyorkan persempadanan semula yang menurutnya tidak masuk akal.

"Bagaimana mungkin satu Dun iaitu Dun Bachang dikeluarkan daripada Parlimen Bukit Katil?" soalnya.

Beliau juga merujuk ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa BN bertekad untuk merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Katil yang jatuh kepada pembangkang.

"Apakah tindakan SPR ini untuk memenuhi hasrat PM? Jika benar ternyatalah bahawa syor persempadanan semula ini mengikut telunjuk pemimpin politik khususnya Umno-BN," tambahnya lagi.

Pada sidang media yang sama, Khoo menyelar SPR kerana mengemukakan syor persempadanan semula yang cenderung kepada perkauman.

"Jika dulu kita lihat banyak kawasan Dun campuran, tetapi kini lebih memperlihatkan pembahagian mengikut kaum terutamanya melibatkan kaum Melayu dan Cina," katanya.

Pakatan Harapan Melaka Bantah Persempadanan Semula


Menurutnya, walaupun persempadanan baru yang dicadangkan SPR secara kasarnya menguntungkan DAP namun atas semangat Pakatan Harapan, DAP turut menyatakan bantahan kerana cadangan persempadanan baru itu akan memangsakan parti-parti sahabat iaitu PKR dan AMANAH.

"Tujuan persempadanan semula SPR kali ini begitu ketara untuk mengalahkan pembangkang yang telah memenangi Parlimen Bukit katil dan Dun Bukit Baru di dalam pilihan raya lalu," tambahnya lagi.

Menjawab soalan pemberita, Khoo menyatakan sebanyak 17 bantahan telah dikemukakan.

Pakatan Harapan Melaka Bantah Persempadanan Semula. Bantahan pertama melibatkan Dun Ayer Keroh, Kesidang, Bukit Baru, Paya Rumput, Rim, Machap dan Klebang manakala pusingan kedua hari ini memababitkan Kota Melaka, Alor Gajah, Bachang, Kota Laksamana, Bukit Baru, Telok Mas, Ayer Molek dan Bukit Katil. - Malaysia Dateline





Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...