Sunday, 23 October 2016

Nik Abduh, Tantawi Jangan Bersama Pemerintah Zalim Kata Khalid Samad

Nik Abduh, Tantawi Jangan Bersama Pemerintah Zalim Kata Khalid Samad. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abduh Aziz yang didakwa membela pemimpin yang menzalimi rakyatnya sendiri.

Pengarah komunikasi Amanah itu mengingatkan Nik Abduh yang juga ketua pemuda Pas serta pemimpin lain parti Islam itu agar tidak dilihat bersama dengan pemerintah yang zalim sebaliknya menzahirkan penentangan terhadap mereka.

Nik Abduh, Tantawi Jangan Bersama Pemerintah Zalim Kata Khalid Samad. “Nik Abduh, Tantawi (Nasaruddin Hassan) dan yang lain wajar ingat, mereka sebagai wakil parti yang bernama Parti Islam sepatutnya mereka menjaga nama baik Islam, memimpin penentangan terhadap pemimpin kleptokrat, bukan membelanya.

”Ada pemimpin parti mereka yang sebut Pas mesti dijadikan pemimpin; bagaimana ingin diterima sebagai pemimpin sedangkan tidak diperlihat kepimpinannya? Duduk dan redha pada penzalim sambil yang lain bangun menentangnya?” katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata, tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan Najib walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.


Nik Abduh, Tantawi Jangan Bersama Pemerintah Zalim Kata Khalid Samad


Semalam, Nik Abduh menyifatkan tindakan pembangkang mengganggu pembentangan Bajet 2017 oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak profesional.

Wakil rakyat pembangkang daripada Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertindak keluar dewan setengah jam sebelum Najib selesai membentang bajet.

Tindakan itu ekoran ucapan Najib yang dilihat menyindir mereka dan menganggap mereka sebagai bersalah kerana memburukkan nama baik negara.

Pas bagaimanapun kekal di dalam dewan sehingga selesai pembentangan bajet.

Khalid juga mendakwa pemimpin kleptokrat seperti Najib tidak layak berucap di parlimen yang membahaskan kepentingan rakyat.


Nik Abduh, Tantawi Jangan Bersama Pemerintah Zalim Kata Khalid Samad


“Pemimpin kleptokrat tak layak berucap dalam Parlimen. Parlimen adalah dewan mulia yang melambangkan kekuasaan dan kepentingan rakyat. Pemimpin yang mencuri dari rakyatnya sendiri dan seterusnya berlagak tidak bersalah sambil menyindir wakil-wakil rakyat yang bersuara menentang pencuriannya tidak layak berucap di dalam Parlimen. Tidak wajar diberikan ucapannya penghormatan dan tumpuan oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia,” tegasnya.

Sewaktu pembentangan baejt Jumaat lalu, Najib mendakwa beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.

Nik Abduh, Tantawi Jangan Bersama Pemerintah Zalim Kata Khalid Samad. Ekoran itu, wakil rakyat pembangkang mengangkat plakad berkenaan MO1 iaitu singkatan bagi Malaysian Official 1 yang sebelum ini disebut dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung kontroversi 1MDB sebelum keluar daripada dewan. - Malaysia Dateline


Iklan
Image

Image
Image



1 comment:


  1. Pakai tengku lok, keris dan tanjak tu professional kah ?

    Potong pulut ijau dgn keris panjang kalahkan umno tu professional kah ?

    Nak berlawan pakai cakar harimau bukan dgn berhujah fakta tu professional kah ?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...