Tuesday, 18 October 2016

Najib Dedah Ekonomi Makin Merundum

Najib Dedah Ekonomi Makin Merundum. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengarahkan para menteri untuk bersedia menghadapi masa terkehadapan yang mencabar dan 'mengikat perut' dengan mengambil kira keperluan kewangan kementerian masing-masing.

The Star Online melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed telah bertemu dengan Perdana Menteri pada minggu lepas bagi membincangkan cadangan kementerian itu untuk mengukuhkan ekonomi.

Najib Dedah Ekonomi Makin Merundum. "MITI meminta peruntukan tambahan. Kami memahami keadaan tetapi kami berharap agar dapat sokongan bagi pelaburan dan promosi perdagangan.

"Kami dimaklumkan bahawa keadaan adalah sukar tetapi adalah penting bagi kerajaan dan Perbendaharaan memutuskan apa yang menjadi keutamaan.

"Ada yang anda dapati terpaksa dilepaskan. Anda dapat sedikit, anda terlepas sedikit," beliau dipetik sebagai berkata.

Najib Dedah Ekonomi Makin Merundum


Sambil menegaskan mengenai keperluan untuk membelanjakan dana awam dengan kaedah yang bijaksana, Perdana Menteri akan mengadakan sesi khas dengan para menteri untuk mengetahui keperluan dan aspirasi mengenai Bajet 2017.

Najib dijadualkan membentangkan Bajet 2017 pada hari Jumaat.

Najib Dedah Ekonomi Makin Merundum.  Sementara itu, Mustapa berkata, cadangan MITI tertumpu kepada penekanan ke atas pelaburan dan perdagangan selain menyokong perusahaan kecil dan sederhana. - Malaysiakini



Iklan
Image

Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...