Saturday, 8 October 2016

Muhyiddin Ramal BN Kedah Kecundang PRU14

Muhyiddin Ramal BN Kedah Kecundang PRU14. Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Kedah pada pilihan raya akan datang.

Muhyiddi dalam sebahagian daripada temubual eksklusif Sinarharian online seperti dilapor hari ini dipetik berkata, dengan sentimen rakyat di negeri jelapang padi itu selepas bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan daripada jawatannya.

Muhyiddin Ramal BN Kedah Kecundang PRU14. "Selepas Mukhriz disingkirkan...mungkin sudah cukup matang untuk BN tumbang, sebab saya tengok sentimen rakyat Kedah selepas peristiwa itu berlaku ia amat tidak baik bagi BN,penerimaan mereka kepada MB baharu (maaf cakap) tidak sehebat Mukhriz," katanya.

Muhyiddin mendakwa sebelum tindakan penyingkiran Muhriz dilakukan beliau telah menghantar satu pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin Ramal BN Kedah Kecundang PRU14


"Sebelum Najib pecat Mukhriz saya hantar mesej kepada beliau saya beritahu 'amaran baik' jangan buat begitu...itu permulaan kepada kejatuhan BN, tapi yang pasti mereka tidak endahkan, jadi perkiraan saya BN di Kedah sudah cukup ranum dan cukup matang untuk terjatuh," katanya.

Muhyiddin Ramal BN Kedah Kecundang PRU14


Mukhriz dipecat daripada Umno pada Jun lalu, dan disingkirkan daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah dan diganti dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah lapor Malaysia Dateline.



Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...