Monday, 17 October 2016

Muhyiddin Kena 'Serang'..

Muhyiddin Kena 'Serang'. Melalui jalan persekutuan 1208 yang tidak dilengkapi lampu di sisinya, kereta Toyota Alphard dinaiki Tan Sri Muhyiddin Yassin dipandu sehingga ke pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Di situ bekas timbalan perdana menteri tersebut akan menyampaikan ceramah pertamanya di Selangor atas kapasiti presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diluluskan pendaftarannya secara rasmi September lalu.

Muhyiddin Kena 'Serang'.  Ketika kereta yang boleh memuatkan sehingga tujuh orang itu membelok ke dewan untuk disambut dengan bendera memaparkan imej bunga raya, ada empat pemidang digantung di jalan berhampiran.

Tanpa sebarang logo pemidang itu menyampaikan mesej dengan jelas: "Tan Sri Muhyiddin!!! Jangan hasut orang kampung kami, balik la", "Saya Umno totok, TS Muhyiddin boleh jalan la pengkhianat!!!", "Kampung kami bukan tempat sebarkan fitnah, Kami benci pengkhianat" dan "Kami bekas peneroka Sungai Buaya benci kepada petualang bangsa".

Namun Muhyiddin kelihatan tenang dan berterima kasih kerana dibenarkan memasuki kubu kuat Umno di situ.

"Sahabat saya, Rashid, dia kata di sini kubu Umno. (Tapi) itu dululah. Sekarang tidak lagi," kata beliau ketika menyampaikan ucapannya.

Menurut Muhyiddin sebelum tiba di situ beliau dimaklumkan ceramahnya akan diadakan dalam dewan Felda dan ia disambut dengan perasaan curiga.

"Saya bertanya (semula): Betulkah?

"Ya, (dia kata) memang betul (malah) seorang bekas ketua cawangan Umno di sini sudah menjadi ahli BERSATU," katanya lagi di depan kira-kira 300 orang yang hadir untuk mendengar ceramahnya pada malam kelmarin.

Muhyiddin Kena 'Serang'


Terletak di antara Bukit Beruntung dan Rawang, Sungai Buaya adalah kawasan peneroka Felda.

Pada 1990-an menteri besar Selangor ketika itu Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kemudian mencadangkan kawasan itu ditukarkan statusnya daripada tanah pertanian menjadi kawasan perancangan bandar.

Bagaimanapun pelan itu terhenti pada 1997 ekoran krisis kewangan Asia. Sejak itu ekonomi penduduk Sungai Buaya bergantung kepada hasil kelapa sawit dan pertanian lain.

Mereka hanya mendapat akses secara langsung kepada Lebuhaya Utara Selatan kira-kira dua tahun lalu.

Sesuai dengan kedudukannya sebagai kubu kuat Umno, pusat mengundi di Sungai Buaya benar-benar memihat kepada BN. Itulah juga yang membantu Datuk P Kamalanathan dan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menang pada pilihan raya umum 2013 lalu, masing-masing untuk kerusi parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali.

Di situ Kamalanathan mendapat 1,075 undi berbanding calon PKR yang meneria hanya 441 undi, manakala Mat Nadzari memperoleh 1,150 undi mengatasi lawannya - juga dari PKR - yang mendapat 354 undi.

Ketika BERSATU sedang mengintai kerusi dimenangi Umno tidak sukar untuk meneka mengapa Muhyiddin menjejakkan kakinya ke perkampungan Melayu itu dan menghabiskan masa kira-kira 80 minit untuk berucap.

Berbaju merah, kali ini Muhyiddin tidak lagi membawa logo Umno, tetapi BERSATU.

Mengimbau bagaimana BERSATU ditubuhkan, anggota parlimen Pagoh itu menceritakan bagaimana suatu hari beliau pulang dan mendapati ada banyak cenderamata dan baju Umno di rumahnya.

Itu, katanya, adalah nostalgia mengenai Umno yang tidak lagi diperlukan.

Apa yang perlu kini kata Muhyiddin adalah nostalgia BERSATU.

"Saya bagi baju-baju itu kepada pengundi-pengundi. Bagi saya itu hanya sebahagian nostalgia Umno, sekarang nostalgia BERSATU," katanya.

Muhyiddin Kena 'Serang'


Muhyiddin juga berpendapat ada "pahala" yang diperolehinya selepas dipecat daripada Umno.

"Ada pahala saya kena pecat. Saya tak perlu bersama dengan kumpulan maksiat," katanya.

Muhyiddin disingkirkan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran perselisihan pendapatnya dengan Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Beliau kemudian dipecat daripada Umno pada Jun lalu bersama bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin serta Mukriz kemudian menubuhkan BERSATU.

Mengenai BERSATU anggota parlimen Pagoh selama tujuh penggal itu menceritakan bagaimana beliau berdepan dengan pengundi di kawasannya.

Selepas solat Jumaat, katanya, beliau meminta orang ramai mengalih sokongan daripada Umno kepada BERSATU.

Beberapa orang daripada mereka kemudian membangkitkan semula pesanan Muhyiddin suatu ketika dulu supaya tidak sekali-kali meninggalkan Umno demi kelangsungan Melayu.

"Saya kata, itu (keadaan) dulu, sekarang tak lagi begitu.

"Kami ambil iktibar daripada sejarah Rasullulah SAW untuk berhijrah.

"Hijrah bermaksudnya berpindah daripada yang tidak baik ke tempat yang lebih baik. Masuk BERSATU tak salah, bukan satu dosa, tapi satu pahala," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Muhyiddin kemudian bercerita mengenai Najib dan skandal 1MDB. Namun apabila beliau bertanya berapa ramai daripada hadirin itu membaca saman sivil Jabatan Kehakiman AS itu, hanya seorang mengangkat tangan.

Muhyddin kemudian menghabiskan masa kira-kira 30 minit seterusnya untuk menjelaskan skandal yang menyebabkan beliau serta beberapa pemimpin Umno menjauhkan diri daripada Najib.

Muhyiddin Kena 'Serang'. Perhatian orang ramai kemudian menjadi lebih tertumpu apabila beliau berucap mengenai inflasi dan keadaan syarikat Felda Global Venture Berhad yang didakwanya tidak menguntungkan peneroka.

Di akhir majlis itu Muhyiddin menerima kira-kira 200 borang permohonan keahlian BERSATU daripada penduduk setempat. Ceramah itu berakhir kira-kira jam 11.30 malam. - Malaysiakini





Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...