Monday, 17 October 2016

Muhyiddin Dedah Rahsia Najib

Muhyiddin Dedah Rahsia Najib. Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata sokongan tersirat perdana menteri terhadap gerakan Baju Merah merupakan antara sebab hubungan antara kaum di negara ini semakin tegang.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian mengulas dakwaan Datuk Seri Najib Razak beberapa hari lepas dalam blog rasminya www.najibrazak.com yang menuduh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca ketegangan kaum yang semakin memburuk.

Muhyiddin Dedah Rahsia Najib. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan beliau hari ini, dakwaan Najib itu tidak lebih daripada cerita karut politik untuk menimbulkan ketakutan dalam hati dan minda orang Melayu untuk mengundi parti selain Umno.

“Tidakkah Najib sedar hubungan kaum di negara ini yang kelihatan semakin tegang dan berada di paras paling rendah pada waktu ini adalah disebabkan sokongan tersirat beliau terhadap gerakan rasis dan biadab kumpulan Baju Merah yang diketuai Jamal Yunos?” kata beliau.

Minggu lalu, Gerakan Baju Merah bertembung dengan konvoi Bersih di beberapa lokasi, termasuk di Teluk Intan menyebabkan pergaduhan tercetus antara penyokong Bersih dan Baju Merah, manakala ribuan penyokong berkumpul di Gurney Drive sebagai tanda bantahan terhadap perhimpunan Bersih 5.

Muhyiddin Dedah Rahsia Najib


Menurut beliau, jika Najib benar-benar prihatin tentang masalah hubungan kaum di Malaysia, beliau sepatutnya mengarahkan Jamal dan kumpulan Baju Merah berhenti daripada membuat provokasi dan serangan terhadap peserta jelajah Bersih.

“Rakyat tahu dan sedar siapa sebenarnya yang sedang berpaut pada dahan politik perkauman yang rapuh semata-mata untuk kekal berkuasa. Najib, rakyat sedang memerhati gerak-geri anda dan masa anda sebenarnya semakin suntuk,” kata beliau.

Muhyiddin turut menyelar Najib kerana membiarkan kumpulan Baju Merah bermaharajalela sebagai satu cara kekal berkuasa dan tidak pernah mengecam kumpulan itu yang secara terang-terangan.

Muhyiddin Dedah Rahsia Najib


“PPBM menghormati Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan asas hubungan kaum yang baik sebagai tunjang fabrik sosial negara ini. Kami menyelar naratif BN yang rakyat perlu memilih antara sebuah kerajaan BN yang dipimpin Umno atau pembangkang, yang tersirat di dalamnya satu konotasi perkauman yang amat memualkan,” katanya. - Free Malaysia Today




Iklan
Image

Image






1 comment:

  1. pasal tu la kitorang meluat kat parti politik yang lahanat lagi durjana tak kiralah apa warnya nya atau apa pun nama demontrasi dan barisan nya

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...