Thursday, 6 October 2016

Muhyiddin Bertemu Anwar

Muhyiddin Bertemu Anwar. Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertemuan beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, merupakan satu pertemuan bersejarah.

Muhyiddin berkata, pertemuan itu merupakan perjumpaan pertama kali beliau sejak puluhan tahun lalu, dengan bekas ketua pembangkang itu.

"Mungkin inilah pertemuan pertama kali sejak puluhan tahun saya harus berjumpa, saya berjumpa bagi memberi sokongan moral dan untuk merapatkan semula perhubungan saya kerana beliau (Anwar) adalah de facto PKR.

Muhyiddin Bertemu Anwar. "Kini saya sudah tubuh parti baharu...pada peringkat awal walaupun tidak melibatkan Anwar, tetapi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan lain-lain kami menyatakan hendak bekerjasama jadi saya fikir sudah sampai masa setidak-tidaknya kita (Bersatu) hendak bekerjasama," katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersama beliau di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Katanya lagi, pertemuan itu telah membibitkan momentum positif antara partinya dengan PKR dan Anwar secara peribadi.

"Adalah sedikit masa di berikan tadi untuk menyatakan beberapa perkara yang saya fikir tidak perlu saya nyatakan, tetapi pertemuan itu agak bersejarah, dan mempunyai pengertian yang besar serta memberikan satu prospek yang agak baik untuk bagaimana kita boleh jalin kerjasama yang subjektif.

Muhyiddin Bertemu Anwar


"Jadi apa-apa tindakan selepas ini bolehlah kita (Bersatu) mulakan termasuk kerjasama dalam soal pembahagian kerusi;persempadanan (contoh sahajalah saya tidak kata di situ ada perbincangan, tetapi ini satu lebaran baru dalam perhubungan ini)," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Muhyiddin bertemu Anwar di bilik saksi pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kira-kira 30 minit.

Muhyiddin Bertemu Anwar


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah mengadakan pertemuan bersama Anwar, pertemuan yang dianggap bersejarah itu turut disulami dengan tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang dikhabarkan sudah 18 tahun 'bermusuh'. - Sinar Harian






Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...