Tuesday, 11 October 2016

Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi

Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi. Seorang lagi menteri kabinet bertindak menjarakkan diri daripada kumpulan ‘baju merah’ yang melakukan kekerasan fizikal kepada peserta BERSIH minggu lalu.

Bagaimanapun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata kumpulan baju merah itu adalah sebuah NGO dan tidak melibatkan Umno.

“Kalau ini anjuran Umno Selangor saya boleh jawab tapi dia NGO, jadi tak ada kena mengena, dia NGO dia bukan Umno. (Mengenai) baju merah, tanyalah orang baju merah,” katanya.


Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi. Noh selaku pengerusi badan perhubungan Umno Selangor disoal, mengenai tindakan ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus yang mendakwa pihak polis memberi 'layanan istimewa dan luar biasa' terhadap peserta BERSIH 5 yang kini mengadakan konvoi di seluruh negara.

“Ini urusan polis, tugas polis untuk tegakkan keadilan, dia jalankan tugas. Bagi saya kita kena hormati undang-undang peraturan dan menghormati polis,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2.

Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi


Semalam, Menteri Beliau dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas kumpulan baju merah yang melakukan kekerasan fizikal terhadap peserta.

Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi.  Khairy yang juga adalah ketua pemuda Umno berkata beliau tidak dapat menerima apa yang dilakukan itu dan berharap mereka yang di belakang gerakan berkenaan dapat menasihatkan pengikutnya supaya tidak lagi melakukan kekasaran dan keganasan. - Malaysiakini




Iklan
Image

Image




2 comments:

  1. Menteri-menteri UMNO semuanya cakap tak boleh dipakai tambah pula lagi menteri yang dilantik atas ikhsan mengampu presiden jadi terpaksalah cakap bagi menyedapkan hati presiden contoh dulu ada beberapa orang menteri UMNO cakap GST menguntungkan rakyat selepas jadi celaru mereka cakap pelbagai termasuk menteri yang bercakap ini menyuruh rakyat masuk hutan jika tak mahu dikenakan GST,walhal bukan dia tak nampak yang baju merah itu memakai baju yang berlogokan lambang UMNO terkutuk kalau nak bercakap pun biarlah bagi masuk akal rakyat buta bolehlah hendak menipu semua menteri UMNO adalah penipu.

    ReplyDelete
  2. Menteri umno tu buta,. Dah sah kumpulan baju merah tu Umno dikatakan Ngo pulak,. Dasar menteri lidah bercabang,.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...