Sunday, 2 October 2016

Mat Sabu Masuk Umno?

Mat Sabu Masuk Umno? Bukan kesenangan dan kemewahan yang menjadi hambatan sejak berjuang 40 tahun bersama PAS. Sebaliknya jika itu yang menjadi kejaran, sudah pasti telah lama Umno menjadi parti yang menjadi pilihan. 

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Pusat Komuniti Amanah cawangan Bagan Tiang, Parit Buntar.

"Menyedari perlunya tajdid atau reform, maka pengorbanan bersama Amanah adalah laluan terbaik bagi menyekat kemungkaran yang berluasa dalam negara.

Mat Sabu Masuk Umno? "Perjuangan Amanah adalah untuk membawa perubahan bersama-sama dengan dokongan rakan-rakan dalam pembangkang yang tidak mesra Umno dan BN.

"Terbukti apabila Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sudah mampu memberi ransangan hebat apabila Amanah mampu untuk mendapat dokongan yang amat besar, " jelasnya lagi.

Beliau juga berkata, Amanah optimis mampu untuk mempertahankan Kelantan dan menjadi peneraju dalam PRU ke 14 yang akan datang.

"Amanah mampu untuk membuat perubahan di Kelantan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Namun begitu, kita tidak boleh menjadi 'lone ranger' atau pun solo bersendirian.

"Jika serius nak menang, kita mesti bergabung dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) , " tegasnya lagi.

Malah katanya, amalan label melabel pihak lain dengan fahaman takfirin, pengkhianat dan munafik bukan tuntutan Islam yang harus diamalkan.

Mat Sabu Masuk Umno?


"Bukanlah teladan yang baik bagi seorang pemimpin yang berlabelkan Islam atas jenama yang dipakai mentakfir orang lain.

"Yang Amanah perjuangkan bukanlah untuk daulatkan mana-mana pemimpin.

"Sebaliknya kita bertekad untuk menjadi pemerintah melalui reformasi yang mampu boleh dilaksanakan menjelang PRU akan datang, " tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, masa yang ada kini amat terhad bagi memastikan perubahan yang hendak dicapai menjadi realiti.


Mat Sabu Masuk Umno?


"Nyahkan mereka yang tidak serius untuk membela rakyat.

"Ayuh kita bangkit dan mara untuk memastikan tidak lagi ada penguasa yang rakus, zalim dan menganiayai rakyat.

"Buang mereka yang korup, rasuah, seleweng, tipu dan tidak laksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan selepas menang pilihan raya, " ujarnya lagi.

Mat Sabu Masuk Umno? Oleh itu katanya, Amanah mempunyai harapan besar bagi membuat perubahan untuk membela nasib rakyat dengan gandingan bersama-sama komponen dalam PH menjelang PRU yang akan datang.



Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...