Thursday, 13 October 2016

Mahathir Ajak Berdamai, Ini Respon Anwar Ibrahim

Mahathir Ajak Berdamai, Ini Respon Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik langkah Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melupakan sengketa lama antara mereka berdua sejak 18 tahun lalu.

Beliau menyatakan kelegaannya di Istana Kehakiman di sini semasa sesi rehat prosiding semakan sabitan kes liwat sehingga beliau dihukum penjara lima tahun.

Mahathir Ajak Berdamai, Ini Respon Anwar Ibrahim. “Ia satu kenyataan yang baik. Saya gembira beliau berkata begitu. Saya begitu lega,” kata bekas timbalan perdana menteri kepada Malay Mail Online.

Anwar berkata itu satu langkah yang baik untuk masa depan politik negara.

“Ia satu perkembangan positif untuk negara. Saya gembira dia berkata sedemikian,” kata Anwar lagi.

Mahathir Ajak Berdamai, Ini Respon Anwar Ibrahim


Semalam Tun Mahathir dilaporkan tidak mahu lagi bermusuhan dengan bekas timbalannya itu yang dipecat pada September 1998.

“Saya sudah berdamai,” kata bekas perdana menteri dalam wawancara dengan Malaysiakini.




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...