Thursday, 20 October 2016

Lamborghini Dan Rolls Royce Dato Seri Mana Yang Kena Sita Ni?

Lamborghini Dan Rolls Royce Dato Seri Mana Yang Kena Sita Ni? Polis merampas sebuah kereta Rolls Royce dan sebuah kereta Lamborghini Aventador bernilai RM3.4 juta milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di sebuah pangsapuri di Jalan Raja Chulan di sini, dalam serbuan pada Isnin dan semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kereta Rolls Royce berwarna emas itu dirampas kerana dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Lamborghini Dan Rolls Royce Dato Seri Mana Yang Kena Sita Ni? Kereta Lamborghini Aventador berwarna kuning pula mempunyai kesalahan kastam, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata rampasan kereta Rolls Royce itu dibuat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 1 tengah hari Isnin lepas.

“Kenderaan itu diparkir di kawasan parkir pangsapuri berkenaan. Seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan pemandu kereta itu turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Lamborghini Dan Rolls Royce Dato Seri Mana Yang Kena Sita Ni?


Susulan siasatan polis, beliau berkata polis merampas kereta Lamborghini Aventador itu di lokasi sama petang semalam.

Amar Singh berkata Datuk Seri berusia 50 tahun itu, yang berasal dari Kelantan dan menjalankan perniagaan di negeri itu, kini berada di luar negara.


Lamborghini Dan Rolls Royce Dato Seri Mana Yang Kena Sita Ni?


Semakan akan dibuat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan JPJ bagi mendapatkan pengesahan berkaitan status kedua-dua kereta itu. - MMO




Iklan
Image

Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...