Monday, 24 October 2016

KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya


KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya. Kesas Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung perbuatan khianat dan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu tidak bertanggungjawab di lorong motosikal Lebuhraya Shah Alam (LSA) awal pagi semalam.

Kesas dalam kenyataan hari ini berkata gambar perbuatan khianat itu turut diserahkan kepada polis untuk siasatan.

“Kejadian yang berlaku sebenarnya telah ditemui sewaktu rutin rondaan dijalankan Kesas Ronda di lorong motosikal LSA pada 5 pagi semalam dan tiada penunggang atau pengguna lorong motosikal terlibat atau cedera.


KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya


“Tindakan segera pihak Kesas Ronda itu berjaya menggagalkan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Kesas sentiasa bekerjasama dengan polis bagi memantau keselamatan di lebuh raya terlibat termasuk rondaan bermotosikal 24 jam akan dipergiatkan bagi membanteras kegiatan seumpama itu berulang.


KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya


Sementara itu, jurucakap Kesas ketika dihubungi Bernama mengesahkan terdapat seorang anggota peronda Kesas cedera ringan akibat perbuatan khianat itu selepas lehernya tersangkut pada dawai yang dipasang merentangi laluan motosikal LSA bertujuan mencederakan mangsa sebelum dirompak.

Mangsa yang cedera ringan melakukan rondaan bersendirian ketika itu. - FMT



Iklan
Image

Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...