Wednesday, 12 October 2016

Keputusan Malaysia vs Afghanistan

Keputusan Malaysia vs Afghanistan. Harimau Malaysia berjaya mencatatkan keputusan positif apabila mengikat Afghanistan 1-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Namun, ia bukanlah persembahan yang boleh dibanggakan oleh anak buah Datuk Ong Kim Swee kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang saingan Piala AFF Suzuki bulan depan.

Keputusan Malaysia vs Afghanistan.  Dalam perlawanan tersebut, Afghanistan terlebih dahulu bermula agresif apabila kaptennya, Faysal Shayestah menguji gawang skuad negara menerusi percubaan yang berjaya ditepis Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-8.

Pemain Malaysia dilihat lebih banyak berkampung di kawasan sendiri dan sering melakukan kesilapan hantaran seterusnya memudahkan Afghanistan melakukan serangan.

Percubaan demi percubaan dilakukan Afghanistan, akhirnya gawang Malaysia bocor jua menerusi tendangan dari luar kotak penalti oleh Noroallah Amiri pada minit ke-21.

Keputusan Malaysia vs Afghanistan


Selepas berjaya menjaringkan gol tersebut, Afghanistan mula mengendurkan asakan dan sedikit sebanyak memberi ruang kepada skuad negara mengatur gerakan.

Peluang pertama Malaysia hanya hadir pada minit ke-32 menerusi tandukan Sharul Mohd Saad namun hanya sekadar melewati palang gol.

Seminit sebelum wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, pemain gantian Mohd Hadin Azman berjaya menyempurnakan hantaran lintang Matthew Thomas Davis untuk memastikan kedudukan 1-1 menuju masa rehat.

Keputusan Malaysia vs Afghanistan


Bersambung babak kedua, Afghanistan hadir lagi untuk menguji gawang Harimau Malaysia namun tandukan penyerang mereka, Noor Zadran sedikit tersasar.

Malaysia beroleh peluang keemasan untuk menambah jaringan pada minit ke 78, namun percubaan kapten negara, Baddrol Bakhtiar diselamatkan Ovays Azizi.

Keputusan Malaysia vs Afghanistan. Kedudukan kekal 1-1 sehingga wisel penamat dibunyikan. - Sinar Harian




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...