Friday, 7 October 2016

Keluarga Dr Fauziah Mohd Hassan Sudah Bersedia

Keluarga Dr Fauziah Mohd Hassan Sudah Bersedia. Anggota keluarga Dr Fauziah Mohd Hassan, wakil tunggal Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Women's Boat to Gaza (WBG), sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan mengenai nasibnya setelah kapal yang dinaiki mereka ditahan pihak Israel. 

Suaminya Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali berkata penglibatan isterinya dalam misi kemanusiaan ke beberapa negara sejak sekian lama telah menjadikan dirinya dan anak-anak mereka sudah biasa dengan keadaan itu. 

Keluarga Dr Fauziah Mohd Hassan Sudah Bersedia. "Walaupun penahanan itu merupakan yang pertama kali terjadi ke atasnya, kami sudah sedia dengan segala berita yang bakal diterima. 

"Bagaimanapun kami sangat berharap agar pihak Israel dapat melepaskan kesemua ahli misi termasuk isteri saya dan seterusnya dapat meneruskan misi mereka ke Gaza bagi membantu masyarakat yang memerlukan di sana," katanya kepada pemberita. 

Kapal Zaytouna-Oliva bersama tiga anak kapal dan 10 aktivis wanita WBG termasuk Dr Fauziah ditahan pada pukul 2.58 petang waktu tempatan (9.58 malam waktu Malaysia) pada Rabu. 

Keluarga Dr Fauziah Mohd Hassan Sudah Bersedia


Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengesahkan kapal itu yang dalam perjalanan menuju Gaza ditahan dan ditunda oleh tentera Israel di Pelabuhan Ashdod. BMG disertai wakil dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin. 

Mohd Alauddin berkata, kali terakhir beliau menerima panggilan daripada isterinya ialah pada Sabtu lalu ketika kapal tersebut melalui perairan Pulau Crete, Greece. "Menerusi panggilan itu, dia cuma cakap semuanya dalam keadaan baik dan peserta misi bersemangat tinggi untuk meneruskan misi mereka," katanya. 

Anak kedua Dr Fauziah, Shamil Mohd Alauddin, 31, berkata beliau dan keluarganya sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai ibunya menerusi carian berita di Internet. "Apabila dapat tahu (mengenai penahanan), kami reda dan selalu berdoa agar mereka dapat dibebaskan secepat mungkin," katanya. 

Keluarga Dr Fauziah Mohd Hassan Sudah Bersedia


Dr Fauziah yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah MyCARE mempunyai tiga orang anak serta enam orang cucu pernah mengambil bahagian dalam misi kemanusiaan di beberapa negara antaranya Kosovo (1999), Maluku, Indonesia (2000), Afghanistan (2001-2003) serta Gaza (2008, 2012). - Bernama




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...