Thursday, 6 October 2016

Kapal Zaytouna-Oliva Ditahan Rejim Israel

Kapal Zaytouna-Oliva Ditahan Rejim Israel. Kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva bersama 13 ahli misi 'Women's Boat to Gaza' (WBG), yang ditawan tentera laut rejim Israel malam semalam, dilaporkan sudah tiba dan ditahan di Pelabuhan Ashdod, di negara itu, kira-kira jam 6 pagi tadi (waktu Malaysia). 

Perkembangan itu dimuat naik menerusi akaun Facebook Rose2Rose, sejam lalu. 

Akaun Facebook rasmi misi wanita Malaysia menaiki kapal ke Gaza itu memaklumkan, perkembangan itu diperoleh melalui laporan yang disiarkan di beberapa media Israel seperti The Jewish Press. 


Kapal Zaytouna-Oliva Ditahan Rejim Israel. Rakyat negara ini juga tidak ketinggalan melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terbabit selain berdoa supaya semua yang terbabit dalam misi itu selamat. 

Seorang pengguna Facebook, Wan Nor Hanisah dalam komennya berdoa supaya Allah melindungi dan membantu semua delegasi yang sedang berjihad. 

Zalika Yahaya pula berkata, "Semoga Allah mempermudahkan dan menjaga keselamatan mereka. Aamiin". Kapal dengan 13 aktivis wanita pelbagai latar belakang dari 12 negara itu berlepas dari Barcelona, Sepanyol, 21 hari lalu.

Kapal Zaytouna-Oliva Ditahan Rejim Israel


Ia dilaporkan terputus hubungan pada 8.50 malam, kurang 50 batu nautika dari Gaza. 

Misi pelayaran kemanusiaan dengan mesej keamanan itu adalah simbolik penentangan masyarakat antarabangsa, khususnya wanita, ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007. 

Kapal itu membawa tiga kru dan 10 penumpang termasuk seorang wakil tunggal Malaysia dan Asia, Dr Fauziah Mohd Hasan. 

Sementara itu, AFP melaporkan Israel hari ini mengesahkan memintas sebuah kapal yang membawa sekumpulan aktivis wanita yang didakwa mereka mahu menceroboh masuk ke Semenanjung Gaza dan mereka kini dibawa ke pantai dalam keadaan selamat.

Kapal Zaytouna-Oliva Ditahan Rejim Israel


Tentera Laut Israel berkata, mereka sudah menunda kapal berkenaan untuk memastikan ia tidak melanggar undang-undang maritim yang menyekat kemasukan ke perairan Gaza. 

Berikut adalah senarai nama 13 delegasi kapal Zaytouna: 

1. Mairead Maguire, Ireland (Penerima Hadiah Nobel Keamanan tahun 1976, Aktivis kapal MV Rachel Corrie 2010) 

2. Marama Davidson, New Zealand (Ahli Parlimen New Zealand Green Party, Aktivis Alam Sekitar & Hak Asasi Manusia) 

3. Jeannette Escanilla, Sweden (Ahli Parlimen Sweden Left Party, Aktivis kapal Estelle 2012) 

4. Samira Douaifia, Algeria (Ahli Parlimen Algeria, Aktivis Kanak-Kanak dan Wanita) 

5. Leigh-Ann Naidoo, South Africa (Peserta Bola Tampar Olimpik 2004 Athens) 

6. Ann Wright, United States (Pesara askar Kolonel AS, Bekas Diplomat AS, Aktivis Kapal Challenge 1 2010, penganjur US Boat to Gaza 2011, Boat Leader Gaza Freedom Flotilla 2015, Boat Leader Women's Boat to Gaza 2016) 

7. Yudit Barbara Ilany, Israel (Aktivis Hak Asasi Wanita, wartawan bebas Israel Social TV) 

8. Dr. Fauziah Hasan, Malaysia (Pakar O&G, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Penasihat Rose2Rose) 

9. Mina Harballou, United Kingdom (Koresponden Al-Jazeera) 

10. Hoda Rakhme, Russia (Jurukamera/editor Al-Jazeera) 

11. Sandra Barrilaro, Spain (Jurugambar, Co-Founder Namblee.com) 

12. Synne Sofie Reksten, Norway (Kru Kapal, Pelajar dari Norway) 

13 Emma Ringqvist, Sweden (Kru Kapal, Guru Muzik)

-Berita Harian






Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...