Saturday, 1 October 2016

Jenazah Ustaz Fadzli Al-Yamani Tiba Ahad Ini

Jenazah Ustaz Fadzli Al-Yamani Tiba Ahad Ini. Jenazah penceramah mingguan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al-Yamani yang meninggal dunia di China dijangka tiba di Sepang, Ahad ini.

Pihak Madrasah Tahfiz Al Yamani menerusi satu kenyataan memaklumkan jenazah dijangka tiba awal pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jenazah Ustaz Fadzli Al-Yamani Tiba Ahad Ini. Menurutnya, solat jenazah akan dilakukan di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, pada 10 pagi hari sama.

"Selepas solat, jenazah akan terus dibawa ke tanah perkuburan di Raudatul Sakinah, Batu Muda, Gombak.

"Untuk makluman juga, jenazah akan selesai dimandikan dan dikafankan pada 2 petang 30 September di Guangzhou, China.

Jenazah Ustaz Fadzli Al-Yamani Tiba Ahad Ini


"Solat jenazah ghaib hanya boleh dilakukan selepas waktu itu bagi sesiapa yang tidak dapat hadir ke Kampung Baru untuk solat jenazah," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Syed Mohd Fadzli meninggal dunia akibat serangan jantung di Guangzhou, China, 27 September lalu.

Jenazah Ustaz Fadzli Al-Yamani Tiba Ahad Ini. Allahyarham sudah berada di China sejak 21 September lalu dan dia rebah ketika menunggu bas untuk pergi ke hotel apabila tiba di Guangzhou selepas perjalanan dari Lanzhou, China. - Metro




Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...