Wednesday, 19 October 2016

Jamal Yunos Ditangkap Di KLIA

Jamal Yunos Ditangkap Di KLIA. Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini ditahan oleh dua anggota polis sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi ini.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu sebelum ini diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan terhadap dakwaan "parang terbang' yang dikaitkan beliau sebagai pemilik laman facebook berkenaan.

Jamal Yunos Ditangkap Di KLIA. Ini ekoran kontroversi satu akaun Facebook atas nama 'Dato Jamal Yunos' didakwa mengeluarkan kenyataan yang berbunyi "Saya berjanji Tragedi 13 May akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 5 November ini. Hidup Melayu!".

Perkara itu turut mendapat reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya yang memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pemilik laman Facebook terbabit.

Namun Jamal menafikan facebook berkenaan bukan miliknya sebaliknya adalah sebuah laman facebook palsu dan beliau turut membuat laporan polis mengenainya.

Jamal Yunos Ditangkap Di KLIA



Selain siasatan polis terhadap dakwaan,  Jamal dan kumpulan baju merahnya yang menyerang salah seorang penyokong Bersih di Sungai Besar pada Konvoi Bersih 5.

Difahamkan Jamal dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi ini untuk memberi keterangan setelah beliau gagal hadir untuk membantu siasatan kerana berada di Dubai kerana urusan perniagaan.


Jamal Yunos Ditangkap Di KLIA


Dimaklumkan juga Jamal dibawa keluar dari kenderaan polis dengan tangan bergari ke IPD Dang Wangi pagi ini.

Dijangka satu sidang media akan diadakan pada jam 10 pagi ini di balai polis Dang Wangi.

Jamal Yunos Ditangkap Di KLIA. Terkini turut dimaklumkan Jamal akan direman selama empat hari bagi membantu siasatan. - Malaysia Dateline




Iklan
Image

Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...