Thursday, 6 October 2016

Jamal Yunos Disamakan Dengan Syaitan

Jamal Yunos Disamakan Dengan Syaitan. Dr Afif Bahardin menyamakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dengan syaitan kerana mengadakan sidang media di dalam tandas di Shah Alam, semalam.

Timbalan ketua Pemuda PKR itu berkata hanya syaitan yang gemar duduk di dalam tandas dan tindakan Jamal itu tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang beragama Islam.

Jamal Yunos Disamakan Dengan Syaitan. “Selalunya, yang duduk dalam jamban ialah syaitan. Ustaz sudah ajar, jangan makan, cakap dalam jamban. Buat sidang media tu, perangai lebih kurang.

“Tindakannya itu biadab dan tidak mencerminkan identiti sebagai orang Islam dan Melayu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Semalam, Jamal mengoyak, membuang serta mengepam surat tuntutan yang dihantar peguam Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ke dalam tandas.

Malah, Jamal berkata beliau tidak akan meminta maaf kepada Maria kerana mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas antarabangsa IS.

Jamal Yunos Disamakan Dengan Syaitan


Exco kerajaan negeri Pulau Pinang itu turut mendakwa Jamal pembela rasuah dan menggesa polis mengambil tindakan terhadapnya.

“Inilah pembela rasuah, imej perdana menteri ingin dipertahankan oleh orang macam Jamal. Saya gesa supaya polis terus ambil tindakan,” katanya.

Dalam surat tuntutan yang dihantar kepada Jamal menerusi pejabat peguam, Maria mendesaknya supaya berjanji tidak akan menyiarkan kenyataan fitnah lagi.

Surat itu juga mendesak Jamal membayar ganti rugi kerana menjejaskan reputasi dan nama baik Maria.

Jamal Yunos Disamakan Dengan Syaitan


Maria berkata kenyataan itu palsu, berniat jahat dan memfitnah dan pernyataan fitnah itu bertujuan untuk merosakkan reputasinya secara terang-terangan cuba mengelirukan orang ramai berhubung perkara yang menyentuh kepentingan negara.

Jamal Yunos Disamakan Dengan Syaitan. Pada 28 September lalu, Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menuduh Bersih diresapi pengganas, dan pada tunjuk perasaan 19 November depan merancang untuk mengepung lokasi strategik dengan tujuan untuk menggulingkan kerajaan. - Free Malaysia Today





Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...