Tuesday, 11 October 2016

Jamal Yunos Dipanggil Polis

Jamal Yunos Dipanggil Polis. Pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Jamal Yunos akan dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung serangan ke atas 2 lelaki berkemeja T Bersih di Sabak Bernam.

The Star Online melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata polis sedang berusaha untuk menghubungi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

Jamal Yunos Dipanggil Polis. Katanya lagi 3 orang ditahan kerana merusuh semasa kejadian dan sudah dibebaskan.

Pada Sabtu, penunjuk perasaan Baju Merah dirakam membaling telur ke arah 2 lelaki dan salah seorang daripada mereka ditendang di belakang tubuh.

Jamal mendakwa 2 lelaki itu cuba merempuh mereka dengan motorsikal. Beliau memberitahu pengikutnya supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Jamal Yunos Dipanggil Polis


Bersih 2.0 sedang menjelajah negara menuju himpunan Bersih 5 pada 19 November. Gerakan Baju Merah cuba mengganggu konvoi kumpulan itu di beberapa kawasan. - Free Malaysia Today




Iklan
Image

Image




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...