Monday, 3 October 2016

Ini Punca Ezam Mohd Nor Keluar Umno

Ini Punca Ezam Mohd Nor Keluar Umno. Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini mengumumkan keluar Umno selepas menganggap parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.

Menurutnya, keputusan sukar itu diambil bagi mempertahankan prinsip perjuangannya dan demi melakukan perubahan di negara ini.

"Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti Umno.

Ini Punca Ezam Mohd Nor Keluar Umno. "Saya membuat keputusan sukar ini demi mempertahankan prinsip saya berjuang demi melakukan perubahan (islah) sedaya upaya saya," tulis Ezam di Facebooknya petang tadi.

Katanya, selepas menyertai Umno pada Mei 2008, beliau memberi tumpuan kepada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Saya pernah di penjarakan di bawah kedua-dua akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua-dua akta ini sering menjadi hambatan kepada perjuangan melawan jenayah rasuah.

"Dalam tempoh saya menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 2010 hingga 2014, ISA dibahas dan dimansuhkan, manakala OSA masih tiada tanda-tanda akan berlaku perubahan," katanya.

Ini Punca Ezam Mohd Nor Keluar Umno


Tambahnya, beliau tetap bersangka baik kepada kerajaan transformasi di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan melakukan segala usaha mempengaruhi pentadbiran agar melakukan perubahan, khususnya ke atas OSA.

OSA disalahguna ke atas PAC

Bagaimanapun, dakwanya, OSA sebaliknya disalahgunakan ke atas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam kes membabitkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

"OSA bukan sahaja tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan ke atas laporan PAC kes 1MDB. Satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yang mewajarkan penggunaan OSA.

"Ini adalah sejuta langkah ke belakang di dalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan," katanya.

Justeru Ezam berkata, beliau membuat teguran terbuka bagi mendesak tindakan salah itu diperbetulkan, namun tidak diendahkan.

Ini Punca Ezam Mohd Nor Keluar Umno


"Beberapa bulan berlalu. Tiada tindakan pembetulan. Malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya.Dan tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang bersuara memperbetulkan keadaan.

"Maka saya sedar saya bukan lagi di dalam satu parti dan jemaah yang serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih-lebih lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan," katanya.

Beliau turut membuat keputusan menamatkan perkhidmatan di kementerian kewangan enam bulan lalu, setahun lebih awal daripada kontrak perkhidmatannya yang berakhir 1 April 2017.

Ezam mengumumkan keluar dari PKR pada tahun 2007 dan setahun selepas itu menyertai Umno ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan presiden parti Melayu itu.

Ini Punca Ezam Mohd Nor Keluar Umno.  Beliau pernah dipenjara selama dua tahun pada 2002 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah memiliki dokumen rahsia rasmi kerajaan dan mengedarkannya kepada media pada tahun 1999. - Malaysiakini




Iklan
Image




Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...