Saturday, 29 October 2016

Ini Petanda Najib Bakal Didakwa Di Switzerland

Ini Petanda Najib Bakal Didakwa Di Switzerland. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengesahkan pejabatnya telah menerima permintaan daripada Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland di bawah Bantuan Perundangan Bersama (MLA) berhubung penyelewengan dan pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan 1MDB.

Ini adalah permintaan kedua untuk mendapatkan bantuan daripada rakan sejawatannya dari Malaysia di bawah Bantuan Perundangan Bersama, selepas pejabat peguam negara di sini mendakwa ia tidak menerima permohonan pertama.

Ini Petanda Najib Bakal Didakwa Di Switzerland.  Bercakap kepada pemberita selepas dilantik sebagai adjunct professor oleh Universiti Utara Malaysia di Kuala Lumpur, Apandi berkata beliau akan membalas permintaan itu dengan sewajarnya.

"Kami telah menerima dan ia sedang dalam proses untuk kita balas," katanya.Dilaporkan pada 6 Oktober bahawa pejabat peguam negara Switzerland telah menghantar permintaan MLA kedua untuk Malaysia.

Ini Petanda Najib Bakal Didakwa Di Switzerland


Apandi juga diminta mengulas mengenai posting blog terkini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh beliau menyembunyikan laporan dan bertindak sebagai hakim untuk tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun peguam negara berkata beliau tidak mempunyai komen."Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengulas mengenai apa yang dia katakan kerana saya tidak dengar," katanya.

Ini Petanda Najib Bakal Didakwa Di Switzerland


Apabila diberitahu ia adalah satu posting blog, Apandi berkata beliau tidak membacanya."Jadi perkara yang terbaik adalah no commentlah," katanya. - Malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...