Monday, 17 October 2016

Ini Parti Baru Shafie Apdal?

Ini Parti Baru Shafie Apdal? Permohonan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menukar nama, logo dan pindaan perlembagaan sebuah parti di Sabah dengan nama baharu dikatakan telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bekas Naib Presiden Umno itu dimaklumkan akan ke RoS jam 8.30 pagi ini.

Perkara ini diberitahu oleh pegawai medianya petang semalam menerusi whatapps: "Esok pagi @8.30, ROS Putrajaya. Kelulusan pindaan parti yang diterajui YB DS Shafie Apdal."

Ini Parti Baru Shafie Apdal? Pada 22 September lalu, Ahli Parlimen Semporna ini telah ke pejabat RoS bagi tujuan penukaran nama dan logo parti yang dikatakan telah ditubuhkan sejak 2013 itu.

Dakwaan sebelum ini, Shafie dikatakan membeli Parti Kebangsaan Sabah (PKS) yang ditukar nama kepada Parti Kebangsaan Rakyat Sabah (PKRS).

Namun Shafie dalam sidang media diadakan selepas ke pejabat RoS masih terus berahsia nama parti yang diambil alih itu dan enggan memberitahu nama baharu partinya.

Ini Parti Baru Shafie Apdal?


Sebaliknya Shafie yakin usahanya memperbaharui sebuah parti yang ditubuhkan di Sabah untuk didaftarkan menjadi parti politik baharunya akan diluluskan RoS. - Malaysia Dateline

Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...