Thursday, 6 October 2016

Ini Kisah Sebenar Roboh Menara Azan, Utusan Kantoi Lagi..


Utusan Usah Fitnah Kakitangan Awam

Ini Kisah Sebenar Roboh Menara Azan, Utusan Kantoi Lagi. Saya merujuk kepada berita Utusan Online (pautan: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/mbsa-roboh-menara-azan-1.390536) berkenaan perobohan menara telekomunikasi haram di Surau Ar-Raudhah Setia Alam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ini Kisah Sebenar Roboh Menara Azan, Utusan Kantoi Lagi. Pihak MBSA TIDAK merobohkan menara masjid seperti yang didakwa oleh pihak Utusan Online. Laporan oleh pihak Utusan Online adalah berbaur fitnah dan berniat untuk memperlekehkan kakitangan awam dari MBSA yang bertungkus-lumus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Shah Alam.

Saya terkejut sekali pihak Utusan Online tergamak memaparkan tajuk sedemikian rupa dengan niat mempolitikkan dan memburukkan perkhidmatan awam yang hanya menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. 

Ini Kisah Sebenar Roboh Menara Azan, Utusan Kantoi Lagi


Mewakili pihak MBSA saya mengutuk sekeras-kerasnya laporan tersebut dan menuntut pihak Utusan Online menarik balik laporan tersebut dan juga meminta maaf kepada pihak MBSA serta kakitangan awam dengan serta-merta.

Kami dari MBSA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak Utusan Online gagal membuat seperti yang dituntut. 

Muhammad Shakir Ameer
Ahli Majlis 
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Ini Kisah Sebenar Roboh Menara Azan, Utusan Kantoi Lagi






- Ameno World




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...