Wednesday, 26 October 2016

Ini Keldai Dan Anjing Gila Yang Dimaksudkan Oleh Presiden PAS

Ini Keldai Dan Anjing Gila Yang Dimaksudkan Oleh Presiden PAS. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.

Ini Keldai Dan Anjing Gila Yang Dimaksudkan Oleh Presiden PAS.  Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu.

Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal.

Ini Keldai Dan Anjing Gila Yang Dimaksudkan Oleh Presiden PAS


"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya.

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.

Ini Keldai Dan Anjing Gila Yang Dimaksudkan Oleh Presiden PAS


"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu. - Malaysia Dateline





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




4 comments:

  1. elok masuk BN, lg senang PH buat kerja politik

    ReplyDelete
  2. Apa yg kita nak panggil pd yg sering ponteng sidang parlimen dan ponteng pada hari pembentangan budget 2017 oleh PM Najib tapi nak bagi comment tentang mereka yg hadir tapi keluar dewan....orang camni cakap nya mmg tak de value...

    ReplyDelete
  3. Kepada pemimpin Pas teruskanlah Istiqamah anda semua. Janganlah bimbang tentang kelicikan fantasi Pan ini. Anda teruskan sahaja Istiqamah diatas jalan landasan Islam. Keputusan usaha itu biarlah Allah yang tentukan tidak kira menang atau kalah.

    Pas telah mengambil tindakan betul memutuskan tahalluf dengan Dap demi kepentingan maslahat. Namun kegagalan Pas ialah apabila Pas gagal mewujudkan TANGGAPAN bahwa yang mereka tinggalkan adalah Dap dan bukanlah Kaum Cina. Apabila kaum Cina merasakan bahawa Pas meminggirkan mereka, maka sentimen negatif ini akan kukuh berpaksi kalau tidak diatasi. Lebih parah kalau mereka bearanggapan Islam adalah punca terjadinya hal perpecahan ini. Mereka akan lebih mudah dipengaruhi untuk mempercayai agenda jahat antarabangsa yang pada masa ini teruk memburukkan Islam.

    Walaupun ada usaha Pas kearah itu seperti menerangkan keadaan sebenar kepada persatuan Cina, namun keadaan tidak banyak berubah. Ianya usaha yang bijak dan baik, namun masih gagal. Adalah lebih baik jika Pas merasakan usaha ini masih gagal, jadi usaha yang lebih kreatif dan proaktif akan diambil untuk difikirkan. Mungkin memberi perhatian/fokus/usaha kepada golongan2 Muallaf? Mungkin menjalin hubungan yang lebih akrab dengan International Chineese Muslim?

    TANGGAPAN tidak sihat ini adalah TERLALU penting untuk diatasi. Ianya merupakan "bahan bakar" Dap untuk MENGELIRUKAN dan MENAKUTKAN kaum Cina kepada Islam. Masalah ini terlalu jauh lebih penting untuk difikirkan berbanding dengan masalah kewujudan Pan.

    Sehingga hari ini Dap masih tidak dapat menjawab dengan JELAS dan FIRM kepada soalan asas iaitu "kenapa anda menentang hukuman yang tidak dibuat untuk anda" . Jawapan terbaik Dap ialah mereka menuduh hudud ini strategi Pas untuk menjadikan Hudud sebagai undang2 seluruh negara dimasa akan datang. Itu bukan jawapan. Itu andaian.

    Tanyalah kepada rakan2 baik Cina kita tentang persoalan yang tiada jawapan ini. Be specific. Percayalah rakan baik Cina kita itu juga akhinya akan bertanya semula pada kita, "ha ah la kenapa Dap halang ya?" Mereka pun akan sedar bahawa yang berhak menjawab ya atau tidak ya, setuju atau tidak setuju adalah orang Muslim.
    Percayalah klu mereka ikhlas, mereka juga akan bersetuju bahawa cara politik Dap ini boleh membawa kepada TAUFAN perkauman. Cuma ianya berbentuk timing bom yang panjang dan halus. Dibentuk sekarang, diletupkan pada generasi akan datang.

    Dap itu bukan kaum tapi parti politik yang penuh strategi dan muslihat untuk mengejar kuasa. Adalah mustahil untuk mereka mendengar dakwah dan keindahan Islam. Orang Cina boleh melihat mendengar dan menilai Islam tapi bukan parti. Tambah bahaya kalau tulang belakang parti politik itu adalah samar/meragukan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...