Tuesday, 4 October 2016

Helikopter Terhempas Di Tawau, Semua Kru Selamat

Helikopter Terhempas Di Tawau, Semua Kru Selamat. KOTA KINABALU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan semua anak kapal dan penumpang helikopter miliknya, yang membuat pendaratan cemas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, di Tawau pagi tadi, selamat. 

Menurut kenyataan TUDM yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan menerusi laman sosial Twitter sebentar tadi, helikopter membawa 14 penumpang itu berlepas dari pangkalan pada jam 7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan harian biasa. 

Helikopter Terhempas Di Tawau, Semua Kru Selamat. Helikopter berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Tawau menuju Semporna. "TUDM menghantar pasukan penyelamat ke lokasi insiden dan mengawal kawasan sebelum membawa keluar helikopter terbabit.

"TUDM turut membuat penilaian ke atas kawasan insiden sebelum mengambil tindakan selanjutnya. TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu. - Berita Harian

Helikopter Terhempas Di Tawau, Semua Kru Selamat








Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...