Tuesday, 4 October 2016

Ezam Mohd Nor Rupanya Trojan Horse Anwar Ibrahim?

Ezam Mohd Nor Rupanya Trojan Horse Anwar Ibrahim? Cukuplah, kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan ketika memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak lagi menambil tokoh yang mempunyai rekod sebagai "pengkhianat".

Kata Mohd Razlan Muhammad Rafii tindakan mempercayai dan memberi peluang kepada orang seperti Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sangat berbahaya kepada Umno.

Ezam Mohd Nor Rupanya Trojan Horse Anwar Ibrahim? Malah kata Mohd Razlan tokoh seperti itu hanya akan menjadi Trojan horse kepada "tuannya" iaitu bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Trojan horse merujuk kepada cerita purba Greek berkaitan strategi perisikan dan penyusupan ke kubu lawan bagi menjatuhkan sebuah pemerintahan.

Ezam "lain kali, kerajaan janganlah ambil orang yang ada rekod silam sebagai pemgkhianat lagi, bahaya dan akan jadi Trojan horse kepada tuan dia.

"Tuan (kepada) Ezam ini ialah Anwar," katanya dalam kenyataan semalam.

Ezam Mohd Nor Rupanya Trojan Horse Anwar Ibrahim?


Mohd Razlan mengulas pengumuman bekas setiausaha Anwar - Ezam - yang meninggalkan Umno dengan alasan parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.

Menurut Ezam, keputusan berkenaan diambil bagi mempertahankan prinsip perjuangannya dan demi melakukan perubahan di negara ini.

Ezam, 52, pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar ketika pemimpin pembangkang terbabit berada dalam kerajaan.

Ekoran penyingkiran Anwar, Ezam menyertai gelombang reformasi dan sempat menjadi ketua pemuda PKR antara 1999 hingga 2005.

Ezam Mohd Nor Rupanya Trojan Horse Anwar Ibrahim?


Pada Mei 2008 Ezam yang selalu dikenang dengan kisah memiliki kotak-kotak berisi rahsia kerajaan, meninggalkan PKR dan menyertai Umno sebagai ahli seumur hidup ketika parti itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kira-kira setahun kemudian Ezam menafikan beliau memiliki kotak rahsia berkenaan.

Ezam kemudian dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada Mei 2010.

Di bawah Datuk Seri Najib Razak Ezam diberikan jawatan Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014.

Kata Mohd Razlan pengumuman Ezam meninggalkan Umno bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia memang tidak menunjukkan sikap ahli parti yang setia.

Ezam Mohd Nor Rupanya Trojan Horse Anwar Ibrahim? "Setelah diberi peluang untuk menjadi senator dan jawatan untuk menambah baik sistem yang ada, bukannya beliau melihat itu sebagai kerja dan tanggunjawab malahan mengambil peluang untuk menjadikan ia sebagai bahan untuk menikam kerajaan," katanya lapor Malaysiakini.




Iklan
Image

Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...