Monday, 3 October 2016

Ezam Mohd Nor Digelar Parasit Oleh Veteran Umno

Ezam Mohd Nor Digelar Parasit Oleh Veteran Umno. Umno diingatkan agar tidak terus mengangkat dan memberi peluang kepada individu yang kembali kepada parti setelah memburuk-burukkan parti dan kepimpinan ketika di luar Umno.

Setiausaha Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, banyak peluang diberikan kepada golongan itu, termasuk tempat, habuan dan pangkat.

Ezam Mohd Nor Digelar Parasit Oleh Veteran Umno. "Tindakan itu sekaligus menafikan tokoh-tokoh yang setia kepada Umno yang juga berkelayakan. Cukuplah dengan tindakan membalas budi yang boleh merugikan parti seperti itu.

"Susuilah anak yang di pangkuan dahulu. Mereka lebih berhak untuk mendapat kasih sayang daripada kera di hutan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mustapa juga menegaskan bahawa Umno tidak menanggung sebarang kerugian jika ada anggota yang memutuskan untuk keluar daripada parti itu.   

Ezam Mohd Nor Digelar Parasit Oleh Veteran Umno


Semalam, bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor membuat keputusan keluar daripada Umno demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini.

"Kalau Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) boleh dipecat dan Naib Presiden (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) boleh keluar Umno, maka siapa sangat (Mohamad) Ezam yang perlu dirasai kehilangannya?.

"Biarlah dia keluar. Malah lagi ramai orang seperti (Mohamad) Ezam yang keluar Umno lebih baik," kata Mustapha.

Ezam Mohd Nor Digelar Parasit Oleh Veteran Umno. Beliau berkata, Umno lebih selamat dengan keluarnya 'golongan parasit yang menjadi duri dalam daging dalam parti', kerana berdasarkan pemerhatian Veteran Umno jelas bahawa tindakan mereka yang keluar parti bukan kerana prinsip perjuangan tetapi prinsip peribadi. – Bernama




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...