Tuesday, 4 October 2016

Bukit Merah Laketown Resort Tukar Air Elak Rotavirus

Bukit Merah Laketown Resort Tukar Air Elak Rotavirus. Pihak pengurusan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) akan memasukkan air baharu di dalam kolam esok bagi mengelak jangkitan Rotavirus dan Gastroentritis Akut (AGE).

Pengurus Besar BMLR Kamal Hussein berkata air kolam di taman tema air itu dikeringkan sejak 3 hari lalu setelah mendapat arahan daripada Jabatan Kesihatan Perak.

Bukit Merah Laketown Resort Tukar Air Elak Rotavirus.  “Jabatan Kesihatan Perak sedang memantau operasi di taman tema itu termasuk kaedah penggunaan pengklorinan bagi mengelak jangkitan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan agar pihak pengurusan taman tema itu menggunakan klorinator bagi menggantikan kaedah pengklorinan secara manual untuk mencegah jangkitan Rotavirus dan AGE.

Taman tema air itu ditutup selama 14 hari sejak Khamis lepas bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan selepas beberapa kes AGE dan Rotavirus dikesan dipercayai kerana mandi di pusat rekreasi tersebut.


Bukit Merah Laketown Resort Tukar Air Elak Rotavirus


Setakat ini, 46 kes AGE direkodkan masing-masing 17 di Kedah dengan 3 daripadanya positif Rotavirus, Pulau Pinang (10 AGE, 6 Rotavirus), manakala Perak 19 kes AGE. - Free Malaysia Today




Iklan
Image

Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...