Saturday, 8 October 2016

Bekas Adun Umno Buat 2 Kejutan..

Bekas Adun Umno Buat 2 Kejutan. Ketua Umno Cawangan Baling, Datuk Ismail Abu Bakar yang  membuat pengumuman keluar Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam, mengajak pengundi menolak Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim dan BN dalam pilihan raya akan datang.

Katanya matlamat penubuhan Bersatu di Baling untuk menukar ahli parlimen dan Barisan Nasional (BN).

"Dengan izin Allah kita akan bergandingan bahu dengan rakan-rakan lain bagi menewaskan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan BN," katanya seperti dilaporkan Sinaronline.


Bekas Adun Umno Buat 2 Kejutan. Ismail yang juga bekas Adun Kupang itu berkata,  keputusannya menyertai Bersatu juga bukan dipengaruhi oleh masalah dalam kalangan ahli Umno atau pentingkan jawatan dengan parti Bersatu.

"Selama ini tidak pernah dengar ada ahli Umno lain tidak suka saya.

"Kita dalam Bersatu juga tidak pentingkan jawatan, saya tidak ada jawatan dalam parti ini, tetapi jika diberi pun tidak ada masalah janji berjuang.


Bekas Adun Umno Buat 2 Kejutan


"Parti lama ini banyak membawa kepentingan kebendaan, tiada perubahan minda,"katanya yang juga JKKK Kawasan Baling.

Ismail mengisytiharkan  keluar Umno pada Majlis Pelancaran Parti Bersatu Bahagian Baling di Kampung Seberang Pekan di hadapan lebih 600 hadirin yang hadir semalam.

Ismail  juga adalah  bekas Ketua Bahagian Umno Baling dipetik  berkata, perjuangan Umno yang semakin tersasar menjadi penyebab utama keputusan itu dibuat.

Bekas Adun Umno Buat 2 Kejutan


"Saya dah fikir masak-masak untuk bersama Bersatu.

"Selama ini sudah 43 tahun dengan Umno, tetapi saya keluar sebab lihat perjuangan sudah tersasar,"katanya. - Sinar Harian




Iklan
Image

Image




1 comment:

  1. Azeez tu mmg patut dh lama ditendang. Krisis TH..dan penglibatan TH dlm 1MDB.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...