Saturday, 1 October 2016

Azizan Osman Merana Lagi?

Azizan Osman Merana Lagi? Selepas Universiti Malaysia (UM), 2 lagi universiti tempatan tampil menafikan penganugerahan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada perunding motivasi yang menghasilkan beberapa buku mengenai pemasaran dan menganjurkan seminar motivsi.

Dua universiti itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Azizan Osman Merana Lagi? Menurut laporan Berita Harian, jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan pihaknya tidak pernah menyenarai nama individu bernama Azizan Osman sebagai penerima anugerah PhD universiti berkenaan.

Malah, pihaknya turut membuat semakan bagi mengesahkan tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti yang didakwa.

Azizan Osman Merana Lagi?


“Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM,” katanya seperti yang dipetik dari Berita Harian.

Manakala, IUKL menerusi satu kenyataan medianya pula membuat pengesahan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan mahupun PhD kepada Azizan Osman.


Azizan Osman Merana Lagi?


“IUKL mengesahkan anugerah Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD tidak pernah dianugerahkan kepada Azizan Osman seperti yang disebarkan dalam media sosial hari ini,” katanya.



Iklan
Image




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...