Friday, 28 October 2016

Apalah Teruk Sangat.. Projek Ni Pun Jadi Nak Rasuah

Apalah Teruk Sangat.. Projek Ni Pun Jadi Nak Rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu membuka 35 kertas siasatan berhubung penyelewengan pembekalan pemasangan karpet di beberapa masjid dan surau di negeri ini.

Pengarah SPRM Terengganu P. Ganason berkata kertas siasatan itu kini di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM.

Apalah Teruk Sangat.. Projek Ni Pun Jadi Nak Rasuah. "Kira-kira 30 saksi terdiri daripada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), orang awam dan kontraktor telah dipanggil bagi membantu siasatan sejak kita mendapat maklumat mengenai kes itu awal tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pejabat SPRM Negeri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad di Mukim Kubang Parit, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan Datuk Sri Dr Amer Hamzah Mohd Yunus, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu Ir. Ab. Hamid Md. Daud dan Penasihat Korporat Serada Realty Sdn.Bhd. Tan Sri Abdullah Taib.

Apalah Teruk Sangat.. Projek Ni Pun Jadi Nak Rasuah


Selasa lepas, media melaporkan Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim mendedahkan perkara itu yang melibatkan penyelewengan tuntutan keseluruhan bernilai lebih RM1 juta.

Dalam pada itu, Ganason memberitahu bahawa SPRM Terengganu membuka 51 kertas siasatan berhubung kes jenayah kolar putih melibatkan kes rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tahun ini.

"Daripada jumlah itu sebanyak 14 tangkapan telah dilakukan dan 19 individu telah dituduh di mahkamah," katanya.

Mengenai pembinaan kompleks SPRM baharu itu, beliau berkata ia akan meningkatkan lagi integriti dan imej SPRM sebagai badan yang bertanggungjawab memerangi jenayah rasuah dalam kalangan rakyat.

Apalah Teruk Sangat.. Projek Ni Pun Jadi Nak Rasuah


Bangunan baharu itu merangkumi dua blok bangunan setinggi empat tingkat melibatkan kos sebanyak RM39.1 juta dan dijangka siap pada 3 April 2019.

"Kompleks baharu ini mengambil masa kira-kira 30 bulan untuk siap dibina berkonsepkan pejabat bestari dan dilengkapi kemudahan pejabat terkini yang sesuai dengan fungsinya sebagai jabatan penguatkuasaan undang-undang pencegahan rasuah," katanya.

Apalah Teruk Sangat.. Projek Ni Pun Jadi Nak Rasuah. Ganeson berkata reka bentuk kompleks baharu itu beridentitikan Terengganu dan diselitkan dengan gabungan identiti moden selain menempatkan keperluan bersesuaian termasuk ruang untuk bersukan dan beribadah. - Malaysia Dateline



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...