Thursday, 6 October 2016

3 Pemain Badminton Negara Kini Jadi Bintang Filem

3 Pemain Badminton Negara Kini Jadi Bintang Filem. Pemain beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu lelaki Goh V Shem kini bergelar pelakon apabila diambil berlakon dalam sebuah filem tempatan berbahasa Cina yang bertajuk ‘Goodbye Mr Loser’ yang akan ditayangkan pada Tahun Baru Cina tahun depan.

Susulan kejayaan mereka meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio membuka rezeki kepada ketiga-tiganya untuk beraksi pula di layar perak.

3 Pemain Badminton Negara Kini Jadi Bintang Filem. Liu Ying yang juga seorang model sambilan berkata beliau gembira apabila diberi peluang mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Beliau berkata kerjaya sebagai pelakon dan model hanya sampingan dan tumpuannya tetap terarah sebagai pemain badminton.

“Saya, Peng Soon dan V Shem diberi peluang untuk berlakon, kami sangat teruja. Dalam bidang lakonan untuk menghayati watak adalah susah, tetapi jadi atlet di gelanggang lebih susah lagi,” katanya kepada pemberita.


3 Pemain Badminton Negara Kini Jadi Bintang Filem


Liu Ying menerima penghargaan daripada syarikat pembekal barangan kesihatan Osim Malaysia hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata beliau kini sedang giat menjalani latihan untuk menyertai beberapa kejohanan terutama Final Siri Super Dunia Dubai dari 14 hingga 18 Disember ini.

“Paling penting adalah tahap kecergasan saya. Fokus saya adalah Final Siri Super di Dubai. Bagi beberapa kejohanan terdekat seperti Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, saya perlu tingkatkan ketahanan fizikal saya,” katanya.

3 Pemain Badminton Negara Kini Jadi Bintang Filem


Sementara itu V Shem berkata berlakon filem adalah lebih sukar berbanding menjadi seorang atlet.

Baginya 3 jam penggambaran filem tersebut adalah pengalaman baharu dan menarik baginya walaupun sukar untuk menghayati watak yang diberikan.

3 Pemain Badminton Negara Kini Jadi Bintang Filem. “Bagi saya lakonan susah berbanding menjadi atlet, mungkin sebab pertama kali saya mencuba. Saya belum fikir untuk menjadi pelakon sepenuh masa,” katanya yang berpasangan dengan Tan Wee Kiong. - Free Malaysia Today






Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...