Tuesday, 27 September 2016

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi?

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi?Sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa suka membuat keputusan bersendirian mula tidak disenangi ahli dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru 3 minggu didaftarkan, menurut sumber dalaman.

Bercakap kepada FMT, sumber itu berkata ramai ahli menuduh presiden PPBM itu menganggap parti itu milik persendiriannya.

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi? Mereka juga kecewa bekas timbalan perdana menteri itu yang tidak mahu berbincang dengan beberapa pemimpin utama, termasuk bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di samping sikapnya mengenepikan “orang Mahathir”.

Sumber tersebut berkata kedua-dua Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz semakin tidak berpuas hati dengan cara Muhyiddin yang tidak berbincang dengan mereka sebelum melantik beberapa penjawat parti.

“Muhyiddin mahu mengawal parti itu keseluruhannya,” katanya. “Beliau mengenepikan semua penyokong Mahathir dalam parti.”

Sebelum ini, ketua sayap wanita PPBM, Anina Saadudin menepis dakwaan parti baharu itu lesu dengan tidak ada kegiataan rancak menambah bilangan ahli, selepas didaftarkan awal bulan ini.

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi?


Sumber juga mendakwa Muhyiddin kelihatan masih berfikiran seperti Umno dan belum berubah, malah tidak selesa berdampingan dengan pembangkang, khususnya DAP.

Ia menimbulkan tanda tanya sama ada PPBM di bawah kepimpinannya mampu mengadakan persefahaman dengan parti pembangkang lain menjelang pilihan raya umum ke-14.

Penyokong Dr M kecewa

Rasa tidak senang itu bakal memburukkan keadaan, menurut sumber kepada FMT, dan Muhyiddin juga berdepan serangan daripada pemimpin PPBM lain termasuk mereka yang sebelum ini terlibat dalam Deklarasi Rakyat.

“Pemberontakan besar-besaran bakal meletus dalam PPBM,” dakwanya.

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi?


Sumber itu berkata corak kepimpinan Muhyiddin mengganggu perpaduan PPBM dan turut mengecewakan penyokong tegar Dr Mahathir seperti bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Malah, ia berpendapat Khairuddin mungkin akan menyertai PKR atau DAP meneruskan perjuangannya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau juga berhasrat membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menyatukan kembali Dr Mahathir” bersama Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tembelang Parti BERSATU Terbongkar Lagi? Khairuddin juga dikatakan tidak setuju Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi PPBM, terlalu bertolak ansur dengan Muhyiddin.





Iklan





3 comments:

  1. Secara peribadi aku hanya sokong Anwar Ibrahim sbg Perdana Menteri jika ditakdirkan pembangkang menang pada pru akan dtg...kepada Bersatu jgn tiba2 nak overtake nak calonkan Muhyiddin sbg PM...yeenaadee...poodaahhh...

    ReplyDelete
  2. Sedak komen turrr
    Keris pahang

    ReplyDelete
  3. Semua nie propaganda umno....jgn cepat percaya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...