Friday, 30 September 2016

Tanpa Disangka, PAS Terkedu Dengan Pendedahan Ini?

Tanpa Disangka, PAS Terkedu Dengan Pendedahan Ini? Orang Islam harus menyokong pemerkasaan Mahkamah Syariah namun bukan melalui Rang Undang-undang (RUU) 355, tegas bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.

Beliau berkata, RUU persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kabur dan akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.

Tanpa Disangka, PAS Terkedu Dengan Pendedahan Ini? Malah katanya, langkah dibuat Presiden Pas itu akan mengundang cabaran di mahkamah dan mungkin akan dicabar atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.

RUU 355 setakat yang kita lihat perlu dibantah sebab pada akhirnya ia akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.

“Sebagai seorang Islam kita perlu menyokong usaha memperkasa mahkamah syariah tapi ini (RUU355) bukan caranya.


Tanpa Disangka, PAS Terkedu Dengan Pendedahan Ini?


“Segala hal berkaitan cerai, pembahagian harta dan hak penjagaan semua dibuat melalui Mahkamah Syariah. Tidak ada sebab kerja-kerja baik Mahkamah Syariah difitnahkan melalui RUU ini,” katanya dalam forum Benarkah Pindaan RUU 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi.

Sebelum ini, Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat Seksyen 2A dalam RUU tersebut tidak menyebut bentuk dan had hukuman.

Melalui Seksyen 2A, bentuk dan had hukuman boleh dikenakan Mahkamah Syariah kecuali “yang dibenarkan oleh undang-undang syariah selain dari hukuman mati”.

Tanpa Disangka, PAS Terkedu Dengan Pendedahan Ini?


Amanah turut berpendapat Seksyen 2A yang dicadangkan seolah-olah memberikan ‘cek kosong’ kepada Mahkamah Syariah dalam persoalan bentuk hukuman dan hadnya, selain hukuman mati.

Turut menjadi ahli panel dalam forum tersebut ialah peguam Wan Anwar Wan Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional dan peguam William Leong yang juga ahli Parlimen Selayang sementara Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud yang juga ahli Parlimen Kota Raja sebagai moderator.




Iklan



4 comments:

  1. Bukankah usaha utk RUU 355 ini dibuat melalui proses perlembagaan dgn membentangkannya melalui parlimen iaitu antara proses yg diperuntukkan dalam perlembagaan?

    Kalau majoriti menolaknya maka habislah ceritanya dan kalau disokong pula oleh majoriti, tang mana bertentangnya dgn perlembagaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang Seksyen 2A tu la boh...baca dulu baru komen..

      Delete
  2. Bentang hudud la.
    Hukum hudud baru wajib disokong.
    Undang2 manusia tak wajib sokong la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hudud x hadir satu pakej dgn penguatkuasa dan hakim yg turun dr langit (malaikat). Ia dikuatkuasakan dan dihakimi oleh mnausia yg sama. Kalau sebelum ni jenis korup.. maka ia x ubah cara kerja dan mental mereka bila hudud dilaksanakan. Penyelewenggan dan berat sebelah (memihak kpd yg ada kuasa) ttetap akan berlaku walaupun hudud telah dikuatkuasakan. Sekarang ni pon hukuman blm lepas, peringkat proses penangkapan masih blm boleh dijalankan.

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...