Friday, 9 September 2016

Tak Disangka.. Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan Pengguna Samsung

Tak Disangka.. Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan Pengguna Samsung. Tiga syarikat penerbangan Australia melarang penumpang mengecas atau menggunakan Samsung Galaxy Note 7 ketika berada dalam pesawat kerana bimbang bateri telefon pintar itu akan meletup.

Qantas, Jetstar dan Virgin Australia berkata, pihak berkuasa penerbangan belum mengeluarkan arahan kepada syarikat penerbangan, sebaliknya mereka bertindak mengambil langkah berjaga-jaga susulan panggilan balik Note 7 daripada 10 pasaran.

Tak Disangka.. Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan Pengguna Samsung. Walaupun pelanggan dibenarkan membawa telefon pintar itu menaiki pesawat, tetapi mereka dilarang menggunakan sistem hiburan dalam penerbangan dengan memasang kabel ke dalam port USB.

Minggu lalu, Samsung menggantung jualan model terbaharu, Galaxy Note 7, selepas menerima 24 laporan bateri telefon pintar itu meletup.

Susulan itu, Samsung menawarkan telefon baharu model berkenaan kepada pelanggan yang sudah membeli Note 7 sejak ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu.

Menurut laporan media, pengguna memuat naik gambar dan video Note 7 yang hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci terbakar dan cair ke laman media sosial, sejak bulan lalu.

Tak Disangka.. Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan Pengguna Samsung


Setakat ini, sebanyak 2.5 juta Note 7 dijual pengeluar telefon pintar terbesar di dunia itu.

“Susulan panggilan balik Samsung Galaxy Note 7 oleh Samsung Australia, kami meminta penumpang yang mempunyai telefon pintar itu tidak mengaktifkan atau mengecas telefon mereka dalam pesawat,” kata seorang jurucakap Qantas dalam satu kenyataan.

Samsung Australia dalam satu kenyataan berkata, ia sudah berhubung dengan Qantas dan Virgin Australia susulan panggilan balik itu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) yang dipetik laman web teknologi Gizmodo berkata, ia sedang mempertimbangkan tindakan terhadap panggilan balik Samsung itu dan “membuat garis panduan berhubung isu itu”.

Tak Disangka.. Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan Pengguna Samsung


Beberapa syarikat penerbangan pernah melarang penumpang membawa skuter elektrik, hoverboard dalam pesawat disebabkan baterinya mungkin terbakar.

Februari lalu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) melarang penumpang membawa bateri litium dalam bagasi susulan kebimbangan juruterbang dan pengeluar pesawat terhadap risiko ia mencetuskan kebakaran di udara.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...