Wednesday, 21 September 2016

Speaker Dipecat Kerana Rasuah

Speaker Dipecat Kerana Rasuah. Badan Kehormatan (BK) Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia (DPD) mengambil keputusan memecat Irman Gusman dari jawatan Speaker dewan itu kerana ditahan oleh Suruhanjaya Pemberantasan Rasuah (KPK) bagi membantu siasatan satu kes rasuah.

Ketua BK, Andi Mappetahang Fatwa berkata, tindakan memecat Irman adalah kerana beliau melanggar etika dan Tata Tertib DPD RI di bawah Pasal 52 Peraturan DPD yang menyebut mana-mana ketua atau wakil ketua DPD diberhentikan apabila disahkan sebagai suspek bagi sebarang kes jenayah.

Speaker Dipecat Kerana Rasuah. Media tempatan memetik Fatwa sebagai berkata bagaimanapun status Irman sebagai anggota dewan itu masih belum ditentukan sehingga wakil rakyat dari Sumatera itu didakwa ke mahkamah kelak.

Katanya, tindakan pemecatan itu diputuskan dalam satu sidang pleno malam kelmarin dan BK juga mendapat khidmat nasihat pakar undang-undang sebelum mengambil keputusan itu.

Pada awal pagi Sabtu lepas, Irman ditahan di rumahnya oleh KPK dalam satu operasi khas bagi membantu siasatan kes berkaitan kuota gula import yang diberikan kepada sebuah syarikat di Sumatera Barat.

Speaker Dipecat Kerana Rasuah


KPK turut menahan sepasang suami isteri ketika keluar dari rumah Irman dan merampas satu bungkusan yang mengandungi wang Rp100 juta (kira-kira RM30,000) dalam rumah pemimpin politik kanan itu.

DPD adalah sebuah lembaga tertinggi negara dalam sistem ketatanegaraan Indonesia dan anggotanya terdiri daripada perwakilan setiap provinsi yang dipilih melalui pilihan raya.

Speaker Dipecat Kerana Rasuah. Irman, 54, dilantik sebagai Speaker DPD pada 2009 dan merupakan seorang ahli politik yang popular dengan jolokan “Pejuang Daerah”.




Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...