Monday, 19 September 2016

Rupanya Menteri Besar Bakal Digugurkan

Rupanya Menteri Besar Bakal Digugurkan. Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat 'perubahan' untuk memastikan BN kekal berkuasa.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetik sumber berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk menukar menteri besar di empat negeri- Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.

Rupanya Menteri Besar Bakal Digugurkan. "Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik sebagai berkata.

Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan Umno telah giat diperkatakan selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang telah disandangnya sejak 1986.

Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia mengejutkan Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi menolak khabar angin kononnya beliau tidak sihat.


Rupanya Menteri Besar Bakal Digugurkan


Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan Najib untuk menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.

Rupanya Menteri Besar Bakal Digugurkan. Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau dikatakan sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.




Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...