Monday, 26 September 2016

Rupanya Ini Punca Nahas Go Kart..

Rupanya Ini Punca Nahas Go Kart. Dua beranak yang terkorban semasa menyaksikan Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Indera Mahkota di sini dilaporkan berada di ‘line race’ iaitu kawasan larangan penonton kerana terlalu hampir dengan kawasan litar.

Kekurangan anggota kawalan keselamatan menyebabkan Izwan Isa, 39, bersama isteri Siti Suhaiza Seman, 38, dan 2 anak mereka Muhammad Izz Danial, 7, dan Nur Zulaikha, 4, serta beberapa penonton lain mengambil kesempatan untuk berada terlalu dekat dengan litar untuk menyaksikan perlumbaan.

Rupanya Ini Punca Nahas Go Kart. Tinjauan di lokasi kejadian mendapati pihak penganjur juga hanya menggunakan pengadang plastik untuk memisahkan litar dengan penonton sekali gus mendedahkan mereka kepada bahaya.

Pengarah program berkenaan Prof Madya Dr Aminudin Abu dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengakui kawasan perlumbaan itu hanya dipagari dengan menggunakan pengadang plastik dan dikawal 25 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Kami menandakan ‘line race’ yang tidak seharusnya dimasuki penonton mengambil kira faktor keselamatan. Bagaimanapun keadaan agak kelam kabut kerana ramai yang memasuki line race ini menyebabkan anggota Rela tidak dapat mengawal keadaan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik di sini semalam.

Beliau berkata program berkenaan ialah program kesembilan perlumbaan itu dan kali kedua di negeri ini, yang merupakan platform kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi mempraktikkan ilmu dan inovasi dalam mereka bentuk serta menguji kenderaan bermotor ciptaan masing-masing.

“Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini. Bagaimanapun kami akan mengambil iktibar daripada kejadian ini dan akan meningkatkan aspek keselamatan dalam penganjuran program ini pada masa depan,” katanya.

Rupanya Ini Punca Nahas Go Kart


Aminudin berkata antara penambahbaikan yang akan dilakukan adalah tidak lagi menganjurkan perlumbaan di litar terbuka yang boleh dimasuki orang awam.

Pada tahun ini sebanyak 51 pasukan terdiri daripada IPT seluruh negara mengambil bahagian dalam perlumbaan EIMARace itu.

Ia melibatkan 2 kategori iaitu enjin 131cc dan 250cc melibatkan jarak sejauh 2.2 kilometer.

Setiap kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum bagi jenis ‘go kart’ iaitu 100km/jam.

Johan keseluruhan kategori 250cc sepatutnya membawa pulang Piala Pusingan Menteri Besar Pahang dan wang tunai berjumlah RM6,000 manakala johan kategori 131cc akan merangkul Piala Pusingan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan wang tunai RM4,000.

Sementara itu di Johor Baru, Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Wahid Omar berkata selaku penganjur, mereka turut bersedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, sambil menyerahkan hal itu untuk disiasat polis.

Katanya, sejak awal pertandingan, segala aspek teknikal, keselamatan, pemilihan gelanggang dan usaha mendapatkan kelulusan dari Motorsports Association of Malaysia (MAM) – badan yang menguruskan sukan permotoran di Malaysia, dikendalikan UTM.

Rupanya Ini Punca Nahas Go Kart


Malah, mereka juga mengambil langkah keselamatan perlu termasuk meletakkan pengadang air (water barrier), pita keselamatan dan anggota keselamatan di litar perlumbaan bagi mengelakkan kemalangan melibatkan penonton.

“Ini selaras dengan saranan MAM dan perlumbaan di litar terbuka di Indera Mahkota (Pahang) itu diperakukan selamat untuk perlumbaan disertai 51 pasukan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam insiden kira-kira 11.30 pagi itu, Izwan serta anak perempuannya Nur Zulaikha, 4, maut dirempuh kenderaan go-kart yang hilang kawalan lalu terbabas.

Rupanya Ini Punca Nahas Go Kart. Seorang lagi anak Izwan, Muhammad Izz Danial, 7, yang turut cedera dalam kejadian itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan dilaporkan stabil.



Iklan
Image

Image




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...